Fazrol Dot Com

Team Building di Cyberview Resort & Spa – Cyberjaya

Gambar beramai-ramai…

1st time aku sampai Cyberview Resort & Spa, PERGHHHH!!! WOW!!! Terkesima aku… Cantiknya resort ini, tak seperti yang aku bayangkan.. Di Cyberjaya atau KL ada resort yang macam nie punya cantik… Seriously.. memang rasa berbaloi sangat dapat menginap kat sini…

Tapi kali ini, aku taknak cerita sangat tentang penginapan kat Resort nie, tapi aku nak cerita bab Team Building yang kami buat di Cyberview Resort & Spa nie..

tentatif Team building kami.

Masa mula-mula aku tengok tentatif aktiviti yang akan kami lakukan.. Yang terlintas kat kepala aku.. Kat Cyberview Resort & Spa nie, ada ke hutan, untuk buat “Jungle Trail” tue.. Kat Cyberjaya ada hutan kat mana? hi hi.. Tapi persoalan itu terjawap bila tiba masanya untuk buat aktiviti Jungle Trail..

Ok la.. Taknak merapu banyak sangat.. Aku nak start cerita sikit.. Aktiviti Team Building kami.

Orang berbincang, kami selfie…
Nampak meriah tak?

Aktiviti 1st kami bermula pada jam 9 pagi hari jumaat.. So kena masuk dalam dewan untuk aktiviti “Ice Breaking”.. Waktu ini laa, standard punya aktiviti Team Building.. Buat nama kumpulan, War Cry, Visi dan Misi kumpulan masing-masing. Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan.. Kumpulan aku Buddies Blogger dan lagi satu dengan nama kumpulan yang tak best – X-Team.. hi hi..

Ex Army

Oops.. sebelum terlupa, segala activity team building kami diuruskan oleh Jabatan Rekreasi Cyberview Resort & Spa yang diketuai oleh Ex Special Force – Sarjan Idris.. Bila dengar pengalaman dan background Sarjan Idris, memang akan buat korang terpukau.. Memang totally respect habis…

Aku taknak cerita activity standard yang dijalankan waktu Team Building Cyberview Resort & Spa nie.. Tapi aku nak cerita, apa yang lain dari Team Building yang aku pernah join sebelum nie…

Akktiviti sebelum terjun kolam
Aktiviti yang biasa ada..

kalau nak cerita aktiviti gorilla berjalan, dirikan semua paku atas botol.. Itu semua standard bagi Team Building.. betul tak? Tapi banyak benda baru aku belajar dalam Aktivity Team Building kali nie..

Bola Ping Pong atas Paip yang diikat tali.

  • Bawa bola ping pong yang diletak atas 1 batang paip yang diikat 10 tali.. Aktiviti memang perlukan kerjasama yang tinggi.. Kadang-kadang rasa macam activiti tue tak boleh buat.. tapi sebenarnya jika kita ikut arahan dan focus dengan betul memang boleh berjaya… Ini memang antara activiti paling susah, dan banyak yang belajar..
Game paling susah bagi aku…
Berjaya juga keluar dewan tanpa menjatuhkan bola..

Water Confident

  • Kali ini, bukan saja terjun dalam sambil pakai life jacket.. Tapi kami belajar, bagaimana menyelamatkan diri bila bot karam, atau dari kapal yang tinggi.. Bagaimana cara terjunan yang betul.. Belajar macam mana buat SOS ketika ditengah laut.. Memang banyak ilmu baru.. Lagi satu, life jacket ada expired date.. Selalunya yang ada dengan bot-bot tue,, yang dah expired.. Pergh.. terus takut nak naik bot… Kalau tengok life jacket yang lama.. hi hi..
SOS dalam air
Bersuka ria
bergambar dulu

Night Walk

  • Aku macam tak percaya boleh buat aktiviti night walk ini kat Cyberjaya.. Maklumlah, kawasan pembangunan yang macam nie, ada juga saki baki hutan untuk buat activity ini.. Jalan dalam gelap, berteman cahaya bulan… Kena raba tali je, untuk sampai ke tempat check point..
Peneman setia.. Mila namanya..
Selfie dulu dalam gelap..

Jungle Trail

  • Aktiviti paling best bagi aku… Memang masuk hutan, jalan yang lagi jauh dari night trail semalam.. Waktu ini laa, guna habis skill yang ada… Masuk bawah terowong.. Panjat bukit.. Rasa tak puas buat aktiviti nie.. Kalau kerap buat, rasanya boleh kurus aku.. ha ha.

Aku rasa ini aktiviti yang aku paling suka dan benda baru yang aku buat dalam aktiviti Team Building di Cyberview Resort & Spa.. Lain-lain aktiviti lebih kurang sama dengan aktiviti yang aku pernah buat sebelum ini..

Tapi part yang paling best bila kawan-kawan blogger semua sekepala.. Netizen cakap “Kepala Masuk Air”.. Merapu gila.. Memang sempoi habis habaq hang… hi hi..

Awesome
Dapat sijil oooo

Apapun aku berterima kasih sangat-sangat dengan Sarjan Idris dan team… Layanan yang terbaik… Walaupun ex-army, tak adanya dia garang cam askar yang dalam TV tue.. Semua activity buat dengan enjoy.. Setiap akiviti ada saja something yang kita belajar… Memang awesome…

Memang recommended, kalau teringin nak buat Team Building untuk syarikat korang… Jangan lupa masukkan Cyberview Resort & Spa sebagai shortlist pemilihan.. Confirm berbaloi – baloi…

Cyberview Resort & Spa
www.cyberviewresort.com
Tel: 03-8312 7000
Facebook : Cyberview Resort & Spa
Instagram : @Cyberviewresort
Twitter : @CyberviewResort

 

 

2 thoughts on “Team Building di Cyberview Resort & Spa – Cyberjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top