Mulakan dengan Bismillah!

Assalamualaikum,

Sekadar nak berkongsi apa yang aku dengar tazkirah lepas habis sembahyang Asar baru-baru nie..

Imam kat surau ada cerita.. Waktu dia balik kampung baru-baru nie.. Dia jaga kedai makan ayah dia.. Datang seorang orang gila nie makan di kedai dia..

Apa yang menarik! Ustaz tue cerita, orang gila tue, setiap kali suapan dia baca Bismillahirrahmanirrahim.. Ustaz nie pun pelik.. Dia pun pergi tanya kat orang gila tue..

kau gila ke tak gila? Baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali suap makan? Tau apa orang gila tue jawap? Orang yang tak baca Bismillahirrahmanirrahim tue yang gila?

terus ‘Makan Dalam” ustaz tue kata.. Dia dapat teguran dari seorang yang dikatakan gila..

Dia teringan masa dia belajar dulu, memang di amalkan setiap kali nak buat sesuatu benda, mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.. Untuk berkat.. Dalam usrah waktu di belajar dulu selalu amalkan, sekarang dia dah kurang.. Tapi dapat teguran dari seorang yang gila..

Memang tak ada hadis sohih, tapi mulakan setiap perkara dengan Bismillahirrahmanirrahim, ada termasuk dalam kategori hadis apa ntah.. Aku tak berapa nak tak sangat nak sebut.. tapi itu laa yang aku dengar..

InsyaALLAH lepas nie, kalau nak buat sesuatu, ringankan mulut dengan baca Bismillahirrahmanirrahim… Untuk keberkatan.. dapat pahala..

p/s – aku hanya kongsi apa yang aku dengar, kalau elok kita sama-sam amalkan.. Kalau salah tolong tunjukkan.. Sharing is caring kan?

13 thoughts on “Mulakan dengan Bismillah!

  1. Sama2 kita ingat mengingatkan … Jangan lupa selalu la baca BISMILLAH dalam setiap kerja yang kita lakukan .. Bukan hanya masa makan jer tau … Thanks Sharing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top