Blogger-blogger yang aku kagumi!

blog
blog

Blogger yang di kagumi? siapa ye? Kalau ikutkan hati aku banyak list blogger yang aku kagumkan.. Dari aku mula kenal apa erti blogging sampai laa sekarang.. Aku rasa maybe antara list aku nie nanti, mesti ada blogger yang tak kenal.. Dan ada juga antaranya dah pencen dari berblog…

Ok laa, list blogger yang kagumkan aku…

Founder rotikaya dan ohbulan
Founder rotikaya dan ohbulan

Mohd Ismail

Antara blog personal pertama yang aku baca dulu.. Dari blog dia laa aku start berminat buat blog.. Sekarang blog personal dah tak ada, busy dengan blog rotikaya… Lebih detail boleh tengok SINI

Khai

Confirm ramai yang kenal dengan Khai nie kan? Founder Ohmedia tue? Aku lebih suka blog Justkhai dia… Memang aku kagum dengan anak muda nie…

Fazreen

Budak Kedah yang berhenti belajar sekerat jalan yang tumpukan pada bisnes.. Sibuk dengan projek The Vocket… Dah jadi COO untuk anak syarikat ABS sekarang…

Kak Kujie

Antara blog pertama yang aku follow.. Memang antara blog rujukan masa mula2 aku berblog dulu..

tengok Ben jadi driver aku!!!
tengok Ben jadi driver aku!!!

Ben Ashaari

Blogger Sado nie.. Memang aku teringin nak follow jejak langkah dia… Dapat dok rumah jaga anak, tapi masyuk… Antara blogger yang kalau tak kenal maka tak cinta.. Ben laa orangnya.. Muka serius jaa, bila 1st time jumpa masa event.. Tapi bila dah lama kenal.. Memang antara kawan blogger yang aku respect…

Haji Amir denaihati founder
Haji Amir denaihati founder

Denaihati

Masa mula-mula aku ingatkan blogger perempuan, rupa-rupanya lelaki.. Blogger yang pemurah, banyak yang aku belajar dari Bro Denaihati, dalam tak sengaja atau sengaja.. Lebih detail aku pernah tulis SINI..

Al- fatihah untuk Arwah
Al- fatihah untuk Arwah

Arwah Jejai

Blogger teratakarmo… Kawan rapat blogger Eyriqazz… Antara blogger yang aku kagum, disebabkan arwah, aku still teruskan berblogging.. Disebabkan arwah persepsi aku terhadap dunia blogging ini berubah.. Memang blogger yang aku terasa kehilangannya.. Walaupun korang baru kenal dia, dia akan layan macam kita dah lama kenal.. Memang terbaik.. Al fatihah untuk arwah..

Dengan Mak Merah menyala
Dengan Mak Merah menyala

Red mummy

Mak merah nie, aku tak tahu apa ilmu yang dia pakai, tapi memang senang betul ingat nama blogger-blogger lain, 1st time aku jumpa dia masa event Nuffnang Astro.. Ingat sombong tahap selebriti, tapi memang sempoi orangnya.. Tak kerek langsung, senang betul nak bersembang kalau jumpa kat luar pun…

Cik Mat Gebu

Blogger yang aku tak pernah face to face lagi.. hari tue, masa konvoi raya, aku tak join.. Sampai sekarang identiti dirahsiakan.. Ingat perempuan yang buat blog masak-masak.. Sekali tau, lelaki yang buat.. memang terbaik laa Cik Mat Gebu…

Bro Framestone

Salah seorang blogger yang aku kagum.. Tapi dia suka selfie ngan blogger perempuan saja, ngan laki dia tak mau pun.. he he he…

Ae vs Titan
Ae vs Titan

Encik Titan

Blogger yang banyak blog! tak sangka plak aku earncent tue dia punya.. Antara otai affiliates.. Yang paling aku kagum, dan aku nak tiru.. Boleh buat duit dengan blog tanpa pergi mana-mana event… Tapi still masyuk…

Aku-dan-Eyriqazz

Eyriqazz

Antara sifu aku dalam blogging.. Aku suka baca blog dia, ringkas dan padat.. tambah kalau bab kewangan.. memang terbaik…

Abang Ensem

Aku sebenarnya malas nak mention nama brader nie, yang aku kagum dengan dia.. Nanti dia poyo terlebih.. Tapi memang dia antara blogger yang aku kagum…

Abang Nara

Bermula dari biasa-biasa saja.. sekarang dah jadi fulltime blogger.. memang semakin masyuk..

Ariffshah

1st time aku kenal melalui bro Jejai.. Blogger muda yang pandang ke depan.. Rugi aku tak macam dia dulu…

1st time jumpa masa sbb2014

Hasrul Hassan

Sifu blogspot! aku teringin nak jumpa dan berguru dengan dia face to face… teringin ikut jejak langkah dia juga.. Househusband yang masyuk…

Hazman Fadzil dan Mahamahu

Food blogger aku kagum… Antara blogger melayu yang kekal dengan niche food.. Kalau baca kat entri diorang, mesti selalu membuat korang nak try juga restoran tue.. Power of food blogger..

Kid

Adik kepada food blogger Hazman Fadzil.. Dulu, kalau komen kat blog dia, confirm dia akan komen balik kat blog kita… tapi sekarang sejak popular, dia dah kurang dah nak komen kat blog aku.. he he..

Geng blogger

MrJocko

Founder Blooggers yang mungkiri janji dengan aku… Tapi aku tetap respect dengan apa yang dia usahakan.. Kagum beb.. 50%.. he he..

 

Ok laa, aku rasa cukup kot banyak nie, list blogger yang kagum.. Sebenarnya banyak lagi, tapi tak tertulis oleh aku kalau sambung lagi.. Tapi tak apa, untuk T-Shirt Edinburgh aku buat juga list nie… he he..

Sebenarnya dalam dunia blogger nie, aku lebih suka berkawan, tak suka nak gaduh-gaduh.. Dunia Blogger Malaysia kecik ja… Pi mai pi mai kat situ juga, betul tak? So Peace No War… he he..

β€œContest Blogger Yang Dikagumi ini dianjurkan oleh Nadot.my dan ditaja oleh Ejam Othman & Hey.my

 

32 thoughts on “Blogger-blogger yang aku kagumi!

  1. Setiap blogger pasti ada idolanya yg tersendiri dan melihat kepada senarai diatas mmg semuanya hebat belaka πŸ™‚ semoga saudara bakal menyusul suatu hari nanti InshaAllah,.

  2. Ramai sangat blogger2 yang hebat skrg ni.. tak menang nak ikut mcm dorg, anyway, Huda sepanjang blogging ni tak pernah lagi jumpa sesapa blogger πŸ™‚

  3. ramai yang akak belum terjah lagi sebab akak pun masih baru dalam dunia blog ini… akak saja-saja je berblog since akak dulu suka tulis diari jadi akak olah diari ke dunia blog… just cerita pasal akak sekeluarga sahaja….

  4. aku baca blog hang laaa.. tak cukup staf nak komen… hehehehe.. apa-apa pun, hang ni memang seorang yang baik.. aku tau. sejak aku kenai hang.. hang memang baik. sopan santun, tak mudah marah, suka buat lawak. dan hang layan saja sapa-sapa. aku harap persahabatan kita sampai bila-bila. keep in touch ya bro. Ada masa nanti kita chit chat gelak tawa bersama, makan bersama. Hang ada hutang dengan aku lawan pool. Tu sebab Nick yap dengan Shahzeeq laaa dengki nak start dah. Lain kali snooker pun takpe. Kalah bayaq laaa no.. Lagi satu aku harap hang tukar lah kepada team Liverpool. Okay, setakat ni saja komen aku. Hang jangan padam tau komen ni. #muahciked (hai fatinbella.. hai yayacumi)
    KiD recently posted…Minyak Shell Percuma dengan BonuslinkMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top