Karangan Sekolah Rendah - Cita-cita saya!

Assalamualaikum,



Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang tentera laut. Kalau jadi tentera laut, nanti saya boleh naik kapal besar. Boleh pusing-pusing keliling dunia. Saya boleh tembak musuh dengan meriam yang besar punya! Nanti bila saya dah pegang stereng kapal saya boleh ronda-ronda atas laut. Tak payah sesak-sesak atau jam macam naik kereta. Saya boleh buat drift dengan kapal yang saya bawa. Kalau tak percaya nanti saya tunjuk demo dengan bot kawalan jauh saya. Memang saya terer buat drift dengan kapal.





Tapi paling best, saya boleh berperang dengan lanun Kapten Hook. Nanti saya akan tolong Peter Pan musnahkan Kapten Hook. Sapa suruh dia jahat sangat, kacau rakan sebaya saya. Pergi la gaduh dengan Kapten Jack Sparrow. Baru Adil, besar sama besar.  Pastu nanti, saya akan suruh Peter Pan ajar saya terbang. Nanti bila saya dah boleh terbang, saya boleh datang sekolah awal, cikgu pun takkan denda saya kutip sampah tepi padang lagi. 

Nanti bila dah selalu datang awal, cikgu akan sayang saya. Bila cikgu sayang saya, saya pun sayang cikgu. Nanti cikgu bagi saya jadi pengawas, saya tolong cikgu tangkap budak-budak jahat sekolah tau. Sekian, inilah cita-cita saya. Sayang cikgu Dilla ketat-ketat.





“Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri [dot]My

10 comments :

  1. GOOD LUCK
    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...
    FOLLOW SINI

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Masa kanak2 imaginasi mmg selalu ganas.. he he..

      Delete
  3. hahahahaha. cikgu Dhilla mana pulak ni??hahaha

    ReplyDelete
  4. hai cikgu dilla... sayang cikgu.. =)

    ReplyDelete
  5. hahahaha.. comel jeee...
    gud lak utk kontest tu ;)

    ReplyDelete
  6. Haahhahaha....
    tergelak baca entry ni, memang best.
    dulu-dulu saya pun nak lawan kapten hook tu.

    ReplyDelete
  7. cikgu Dilla sayang ketat-ketat sama fazrol juga heh :P

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails