Kenapa Buang Bayi?

Tak sangka, buat kali kedua entry yg lebih kurang isinya. Yang pertama boleh tengok kat SINI. Dalam minggu dan bulan ini, pasti akan ada banyak cerita di berita tentang buang anak. Baru nie, berita tentang budak perempuan yang umur 16 tahun. Mengelar anak yang dilahirkan kerana tension lelaki yang mengandungkannya. Baru 16 tahun beb! dah la sekolah lagi. Boleh plak jadi pembunuh bayi yg tak bersalah tue. Kejam betul, sampai terburai perut bayi kecil tue.


Dah la buat salah berzina, tambah plak lagi dengan membunuh. Aku risau dengan keadaan sekarang. Bagaimana dengan zaman anak aku nanti. Semoga Allah melindungi keluarga aku dari jadi begini. Kalau korang perasan, bulan ini akan ada banyak kes buang bayi. Kerana sambutan Valentine Day, hari konon – konon berkasih sayang. Memang due date laa bagi bulan ini. Untuk perempuan, lelaki yang bukan muhrim memegang atau menyentuh kamu bukan untuk melindungi, tetapi merendahkan maruah kamu. INGAT!


- Sedap hanya sementara, tapi sengsara mengambil masa lama. Fikir-fikirkan!

– Entry tanpa gambar.

Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge