Software untuk download video di Youtube!

Salam hormat,

Rasanya lama juga blog aku nie, tak share trick atau tutorial. Trick dan tutorial la sangat kan? he he. Kali ini aku nak share bagaimana aku download video dari Youtube. Di website lain aku tak pernah try.
Maklumlah, dulu senang je download video di Youtube, cuma guna Chrome Extension saja (untuk pengguna google chrome sebagai internet browser.)
Tapi oleh kerana youtube dah upgrade, so tak boleh download guna extension lagi. Aku telah ambil inisiatif lain dengan menggunakan applikasi free ILIVID.
Memang senang digunakan, cuma copy link video yg kita nak download, dah paste pada ILIVID. Memang memudahkan.
Untuk pertukaran format video, korang boleh guna Format Factory. Memang converter yang berbaloi untuk digunakan.
p/s – Selamat mendownload! Tapi jangan over2 ye…

Disebalik pukul bini dalam lif!

Salam hormat, 

Video ini, maybe dah jadi viral di facebook. Itupun, setelah dikongsikan oleh adik mangsa. Adik mana yang tak marah kakak dia dilakukan sampai camtu. Kalau aku pun angin.
Dari sumber dalam facebook, tak tahu boleh percaya atau tidak, mangsa adalah senior di sekolah menengah lama aku. Merupakan isteri pertama, sebab laki yang penakut pukul perempuan tue, kahwin dua. 
Dari video ini, walau apapun masalah depa, tak patut laki tue, pukul bini dia depan anak. Ia akan memberi kesan negatif kepada anak. Lagi satu tak patut pukul dengan cara macam tue. 
Walaupun aku tak kenal siapa yang dalam video ini, nak saja aku tolong haria lelaki tue, memang kejam sangat buat kat bini dia camtu. Hopefully adik mangsa suami penakut tue dapat settle dengan baik. Jangan jadi kes polis pulak.
Video penerangan dari mangsa, bolehlah agak-agak sendiri?
p/s – Betul ke polis tak terima report kes pukul nie? sebab tak ada kecederaan? 

Terus download drama Sebenarnya Saya Isteri Dia!

Salam hormat,

Sudah lama aku tak tergila untuk tonton drama melayu, akhir sekali cerita bersiri yang menjadi feveret aku adalah Lagenda Budak Setan. Cerita Adam dan Hawa yang popular pun kurang menarik minat aku, cuma bila masa Adam tengah adjust Hawa je yang start follow cerita tue. Tentang episod mula-mula, semua dengar dari cerita bini aku ja. he he.
Tapi kali ini, aku terpikat dengan drama Sebenarnya Aku Isteri Dia, Maybe sebab lakonan Tiz Zaqyah yang comel bertudung dan cute kot. Hero (Izzue Islam) plak boleh tahan dengan muka innocent dia. Rupanya aku dah terlepas 8 episod. So apa lagi, cover balik laa. Terus aku mendownload 8 episod sebelum ini yang belum sempat aku tengok.
Kat mana aku download? Aku search kat youtube je. Yang full drama, lepas tue, download laa. Maklumlah, episod yang lama di Tonton.com.my kena beli kredit. Apapun, aku suka layan cerita nie. bini aku dah pesan suruh cari novel dia plak. Mana plak nak cari nie. he he. Tengok drama dah laa….

Cari ost Kita by 14… he he…