Berjaya Times Square Theme Park dah tak ada Family Rides

harga lama Theme Park Times Square

Berjaya Times Square Theme Park! Satu-satunya theme park dalam shopping complex yang ada kat Malaysia tak silap aku.

Ini merupakan kali kedua aku pergi Times Square Theme Park, kalau Times Square saja dah banyak kali dah pergi.. Theme park saja, baru kali kedua aku masuk.. Read more

Hadiah tiket Legoland dari Published2u.com

Salam hormat,

Legoland! Taman tema yang menjadi idaman bagi anak sulong aku Adam. Mana dia tau tempat Legoland nie pun aku tak tau. Tiba-tiba, Abah! nanti kita pergi Legoland ye. Terkejut aku, mana laa budak nie tau tentang Legoland nie. Mesti dari kawan-kawan kat sekolah dia. Apa yang aku mampu jawap “InsyaALLAH”. Tapi termasuk hari ini dah 103 kali dia ajak aku pergi Legoland. he he
Apapun, memang ada niat aku untuk bawa family aku jalan-jalan di Legoland. maklumlah, salah satu taman tema yang paling mengancam di Malaysia. Lagipun hari tue, dah tengok dah tempat penginapan yang berbaloi untuk pergi ke Legoland. review Hotel Nusa Ct dari Kikie. Macam ok je tempat tue.
Cilok gambar dari published2u.com
So memandangkan ada giveaway yang menghadiahkan tiket masuk ke Legoland, aku pun teringin untuk mencuba. Mana nak tau, kot-kot ada rezeki Adam. Tercapai la hasrat untuk dia pergi Legoland. Lagipun giveaway yang senang saja dianjurkan oleh Published2u.com.
Kikie yang hensem dan baik hati (mesti bodek)
Korang cuma perlu tulis entri macam yang aku buat sekarang. Yang pastinya mesti laa ada backlink ke tuan yang bermurah hati ingin memberi hadiah Tiket Legoland iaitu Published2u.com. Biasa laa mesti laa ada win win situation.
Menang kalah, belakang kira. Yang penting kita mencuba. Kalau rezeki kita InsyaALLAH tak kemana. InsyaALLAH kalau aku yang menang, confirm hadiah untuk Adam. Pastu kena suruh dia buat perangai baik-baik laa…
Rasa cam nak hantar dia pujuk Uncle Kikie bagi blog abah dia menang laa… he he..

Jalan – Jalan A Famosa Resort, Melaka – Hotel A Famosa Resort

Kebetulan isteri aku ada kursus di sini.Sebab tue aku join sekali. Sambil tue, boleh bawa anak jalan-jalan. Boleh pergi Safari A Famosa, tengok pekan cowboy dan boleh mandi-mandi di Water World A Famosa. Lagi pun, dah lama aku tak sampai sini. He he.

Untuk tidur disini, ada banyak jenis penginapan! ada hotel, kondo dan banglo. Pilih ikut bajet yang dikehendaki. Kali ini, aku pilih tidur di Hotel dulu. Lagipun dah kursus pun dekat dengan area hotel.


Bagi aku, hotel ini boleh tahan ok. Cuma tak ada kolam renang dan restoran untuk makan jauh. Makanan untuk restoran ini, tak ada laa sedap sangat. Biasa saja bagi cita rasa aku. Dari segi harga, korang boleh decide sendiri melalui gambar yang aku share.


Tapi kalau setakat untuk satu malam bermalam di A Famosa resort ini, aku galakkan. Tapi kalau lebih dari satu malam, takut nanti bosan plak. Bukan ada apa sangat kat area tue. Maybe next time, kalau buat family day mungkin boleh try sewa condo atau banglo plak lepas nie.


Tentang Safari, Water World A Famosa dan The Carnival, aku cerita next time ye.

p/s – Untuk penginapan yang lebih menarik dinasihatkan menggunakan platform – www.agoda.com

The Carnivall Sg Petani Kedah

Fuyoo! blog aku nie, asyik review tentang Water Park saja. Hanya tinggal beberapa tempat yang aku tak pernah pergi lagi. Tapi, InsyaALLAH. Kalau boleh aku nak review semua dalam blog aku nanti. kali ini aku nak kongsi sikit tentang Waterpark yang berada di utara Semenanjung. The Carnivall Sg Petani

Bagi aku, tempatnya agak ok. Kecil kalau nak compare dengan Bukit Merah. Tapi harga murah yang membolehkan kita membawa keluarga bersuka ria. Untuk kepuasan anak-anak memang berbaloi, sebab banyak kawasan untuk kanak-kanak. Tapi untuk orang dewasa, maybe kurang skit la. Tapi still ada gelongsor untuk orang dewasa.

Sempoi x? sambil berendam boleh minum air cam dok tgk kat TV.


Untuk citizen, jgn lupa tunjuk ic, kdg2 diorg minta.


Apa yang best untuk datang sini, ialah, pelampung free. Tak payah sewa macam Water Park lain. Cuma kalau ramai orang maybe akan berebut sikit. Apabila beli tiket akan dapat makanan percuma. Tapi tak la sedap sangat. Tapi boleh la, untuk makan lepas penat bermain. Ok la, dari kena beli kan dalam, mahal plak tue.

Bagi orang dewasa, kat sini tak ada tempat utk kita bermain ombak. Maklumlah, kebanyakkan waterpark yang aku pergi sebelum nie ada saja tempat bermain ombak. Maybe sebab diorang ingat kalau nak main ombak boleh pergi Pantai Merdeka kot. he he he.

Rancang masa anda.



Anyway! tempat nie, untuk bawa anak-anak memang best. Boleh nampak kepuasan mereka bermain.



HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top