Isi minyak di Shell dengan Kad Bonuslink

Kad magic aku... hi hi

Kad magic aku… hi hi

Sebenarnya aku baru tau, rupanya dengan kad bonuslink, rupa-rupanya boleh isi minyak free.. Tak sangka betul..

Aku dah ada kad bonuslink nie, dah lama, tapi tak pernah register pun, kat bonuslink.. Yang aku tau… Bila pergi mana-mana kedai, kalau boleh dapat point/mata ganjaran Bonuslink, aku bagi saja.. [Read more…]

Tahukah Anda? Al Khawarizmi : Pengasas ilmu Algebra

Salam semua, selalunya kita kongsikan tentang orang terkaya didunia dan di Malaysia. Kali ini, aku nak kongsi sedikit info yang boleh dibanggakan oleh aku sebagai orang Islam. Selalunya kita  dengar tentang orang bukan islam yang mencipta macam-macam. Sampai dapat Anugerah.

Salah seorang yang hendak aku kongsikan ialah Al Khawarizmi. Beliau merupakan antara tokoh ilmuwan terkenal dan karyanya menjadi rujukan para sarjana dan saintis di Barat. Semasa hidupnya, Al-Khawarizmi merupakan pakar matematik dan falak. Beliau merupakan pengasas ilmu algebra. Nak tau apa algebra, dalam mata pelajaran matematik.
Bukunya yang bertajuk “Hisab al Jabr Wal Muqabalah” telah diterjemahkan di barat dengan tajuk “Mathematics of Integration and Equation”. Melalui buku inilah lahir istilah algebra yang digunakan sehingga hari ini. Formula matematik yang dikemukakan Al-Khawarizmi masih digunakan sehingga hari ini. Sumbangan kepada perkembangan kedua-dua ilmu (formula matematik & astronomi) terlalu besar. Sehingga kalau tak silap, sarjana barat telah mencipta satu istilah matematik iaitu Logaritma bersempena dengan namanya.
Ini merupakan salah satu tokoh islam. Ada banyak lagi yang bakal menyusul selepas ini. Ini semua dari hasil bacaan aku untuk dikongsi bersama. Sharing is caring right? He he he.