Fokuskan 3A pada anak dari Profesor Dr Muhaya!

Anak Soleh idaman ibubapa...

Anak Soleh idaman ibubapa…

Ini aku dengar kebetulan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O.. Sebagai peringatan kepada aku sekali, aku tulis laa dalam blog ini..

Kebetulan masa tue Profesor Dr Muhaya yang tengah bercakap tentang cara mendidik anak memang menarik minat aku..

Banyak yang Profesor Dr Muhaya jelaskan, tapi aku cuma ingat bab-bab penting jaa. Sekarang aku nak kongsikan…

Untuk anak kita, fokuskan pada 3 A..

[Read more…]

Dah tak hensem anak abah!


Alkisahnya, Si adam ini memang seorang yang aktif. Cakap memang tanpa henti, banyak saja soalan dia sampai tak terjawab. Kalau kat umah nie, memang dia laa champion yang sepahkan rumah ini. Tapi kalau mood baik, memang akan sempan sendiri. Kalau sebaliknya, faham-faham je laa..

2 hari lepas, semasa kejadian ini berlaku, aku tak ada kat rumah. Bini aku yang jaga dua hero aku nie. Dari story bini aku, si Adam kata dia nak mandi. Panas katanya. So bini aku biarkanlah dia mandi sorang dalam toilet. Sementara bini aku melayan hero kecik yang semakin mengada-ngada, dia rasa pelik sebab apa si Adam nie senyap je dalam bilik air. Kalau tidak mesti ada macam-macam bunyi.


Bini aku pun, p la skodeng kat bilik air. Terkejutnya dia, bila tengok Adam guna shaver p cukur rambut. Patut laa senyap sunyi dalam bilik air. Bila ditanya kenapa Adam cukur rambut, dia jawap “Adam tak ada misai macam abah, Adam cukur laa rambut Adam, Abah kata kalau cukur baru hensem” tak pasal-pasal aku juga naik nama.

Memang dengan budak kecil kena selalu perhati, tambah pula umur yang macam Adam, memang ikut je apa yang kita buat. Nasib baik, jawapan yang macam tue, kira ok laa juga. Sebagai pengajaran, lain kali kena ajar dengan betul. He he.