Maafkan Aku ost Setia Hujung Nyawa!

Salam hormat,

Aku tak pernah layan drama Setia Hujung Nyawa nie, Tapi pelik gak bila member aku pun boleh terjebak tengok cerita ini. Sedangkan dia jarang nak layan cerita melayu. Tapi bila dengan ost Maafkan Aku yang catchy ini. Rasa cam nak try layan juga drama 28 episod ini.

Nampaknya, aku akan sibuk layan drama ini melalui Tonton tak pun, download je. he he he.

Duo Dock S Akasa sebagai back up hard disk!


Selalunya kalau kita buat back up untuk lagu, gambar, dokumen dan lain-lain yang ada dalam laptop kita mesti gunakan portable hard disk tak pun paling cikai pendrive. Tapi kali ini aku hanya gunakan hard disk dari komputer lama yang dah jahanam.

Ram, grafik kad dan monitor dari komputer lama yang masih elok dah pun aku jual dan bagi kat member aku. Tinggal hard disk yang boleh aku jadikan back up untuk benda dalam laptop aku. So aku gunakan, Duo Dock S jenama Akasa ini sebagai Dock untuk baca hard disk aku.


Senang je guna Dock ini, boleh pakai untuk hard disk Sata 2.5 atau 3.5. Komputer kita akan detect macam kita pakai external hard disk. So gambar-gambar, lagu kenangan selamat di jadikan back up. Tapi kena jaga hard disk tue betul-betul la. Kalau rosak, menangis tak berlagu laa.

Tapi kekurang dock ini, tak boleh bawa merata-rata macam portable atau external hard disk. Lagi satu, ia menggunakan power supply. Memang boleh guna di rumah je laa.

Anyway, dengan ada benda ini aku jimat dari segi kena beli portable hard disk. Harga dock ini, masa aku beli di Low Yat rm99. Kalau sesiapa ada hard disk lama jenis sata, boleh la guna Dock ini sebagai back up.

Download mp3 OST Seindah Sakura – Harapan ( hyper act )

Aku mula suka lagu ini, bila selalu member aku kat ofis selalu sangat nyanyi kat chorus lagu ini. Dengan Automatik aku sendiri dah terjerumus meminati lagu ini. 

So dengan kemudahan Unifi yang aku ada, aku download lagu tersebut dengan segera di youtube. Convert terus ke mp3. Senang sikit masuk dalam handphone dan mp3 player. he he.
Amacam korang layan tak lagu nie? Untuk drama ini tak nak komen, sebab aku tak tengok dari awal. he he.
Kredit to – Obitlensa upload lagu nie..

mp3 Kosong – Najwa Latif

Lagu terbaru dari Najwa Latif. Nak kata aku minat sangat dengan budak ini. Tidak laa sangat. Tapi aku suka dengan lagu dia. Memang berbakat budak ini. Asyik je aku layan lagu dia kat youtube. Lagu terbaru yang bertajuk kosong ini. Macam ada something yang di luahkan. Maybe tentang kes di belakang stage AJL dulu kot. Itu hanya pendapat aku.

Tapi bagi aku, Najwa Latif ini, memang berbakat. Kecil-kecil lagi dah buat pendapatan pasif. Memang tabik spring la. Apapun, aku harapkan beliau tidak mudah lupa diri. Pelajaran jangan lupa walaupun dah bertambah popular.
Dah jumpa dah.. download SINI