Terjebak pulak dengan cerita drama korea.

Drama Doctors

Sebenarnya.. Aku tak pernah layan sangat drama Korea.. Dulu cerita korea pertama yang aku tengok My Sassy Girl kot.. Itu pun, bukan drama, tapi telefilem kot.. Itu pun sebab member tengok, terus aku pun TER layan.. he he..

Waktu orang dok gila tengok Drama Winter Sonata pun aku tak terpengaruh sangat.. Drama korea pertama aku follow ialah Full House.. Tue pun tak sengaja layan.. hi hi..

Read more

Filem Mael Lambong hanya di Pawagam!


Filem terbaru keluaran syarikat Ahmad Idham iaitu Excellent Pictures! Yang pastinya takkan ditayangkan di Astro first. Sebab tak mau bagi korang download sesuka hati. Tapi aku rasa tetap akan ada kot. Ye la lanun cetak rompak nie terer-terer.


Aku baru je layan Mael Lambong kat pawagam. Maklumlah, tak sabar nak gelak ketawa bagi menawar duka. He he. Bagi pendapat aku cerita nie, memang kelakar. Lawak pun fresh, Cuma maybe ada setengah lawak tak sesuai untuk sesetengah orang.

Tapi macam filem, Ahmad Idham sebelum ini, macam ada sindiran terhadap sesuatu. Tapi itu maybe dari pendapat aku saja. Aku saja yang perasan macam tue. Tapi Filem ini tetap sempoi bagi aku. Sebab boleh buat aku gelak. Memang ada juga part yang kurang best. Tapi itu semua standard, mana ada filem yang perfect.

Apa yang pasti, korang kena tengok wayang, sebab selepas 2 minggu tak akan ada di Astro First. Sorry! Kalau nak tunggu tengok di TV. Maybe tunggu hari raya nanti. He he.

P/s – Akta Mael Lambong! Tak makan rasuah, tapi tak tahan di goda!

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top