Dah start sekolah

Cepat betul masa berlalu,

Sekarang dah 2 orang anak aku, di sekolah rendah, sorang je di Tadika. Nampaknya kena tambah baby nie, kalau ada rezeki.. hi hi.

Tapi agak sedih, bila Aisy tak dapat masuk sekolah sama dengan Adam.. Jadi banyak kerja plak, siapkan untuk sekolah agama, dan transit…

Apapun, kira bersyukur laa, dapat juga Aisy masuk sekolah agama.. Ingatkan masuk sekolah agama macam daftar sekolah rendah.. Rupa-rupanya kena exam bagai untuk masuk sekolah tue.. Alhamdulillah, Aisy lepas..

So far, sekarang dah nak masuk minggu ke 2 persekolahan, Aisy tak buat perangai lagi tak mau ke sekolah.. Cuma hari jumaat baru nie, dia tak nak ke sekolah agama, sebab nak duduk rumah, sebab ada Adam.. hi hi..

Tapi, ibu dia tambah duit sekolah seringgit, terus semangat nak pergi sekolah.. ha ha. Apa punya turrr laa budak nie.. hi hi..

Ammara plak,

dah mula tak nak pergi sekolah, kalau boleh hari-hari nak hari sabtu.. Maybe sebab dah tak ada abang dia.. So dia jadi kurang sikit laa nak pergi sekolah.. Tahun lepas pergi sama-sama… Tahun nie, sendiri plak.. Jadi kekok laa kan..

Apa pun, tak ada lagi yang kritikal, sampai sekolah, nangis-nagis nak balik.. hopefully tak akan berlaku laa kan.. Cuma kena tanmakan semangat nak ke sekolah laa untuk anak-anak syurga aku nie…

Adam!

No problem.. Dia kalau aku usik tak nak hantar ke sekolah atau hantar lambat pun boleh menenagis, sebab nak sangat ke sekolah.. ha ha..

nasib laa, dapat abah yang sellau ngusik kan????

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.