Percutian Bersama Keluarga di Langkawi

8

Holla guys. What’s up?

Excited betul aku nak menulis kali ni. Almaklumlaa, baru balik dari bercuti di Pulau Langkawi. Memang patut la Langkawi mendapat mendapat jolokan tempat percutian terbaik di negara ni. Mana tak nye, semuaa ada kat sana. Dan, semua ni aku akan kongsikan dengan korang dalam entri aku kali ni.

So let’s begin now 😉
Bagi yang belum tau, Pulau Lagenda ni terletak di utara tanah air, iaitu di negeri Kedah Darul Aman. Oleh sebab lokasinya yang tak dekat dari ibu negara, maka ktorg satu family decide untuk fly terus ke sana. Yela, since ini merupakan cara yang paling menjimatkan masa kan. Tak sampai sejam pun perjalanan. Lebih-lebih lagi bila naik Malindo air flight, perjalanan rasa sungguh selesa dan smooth. Tambang pun sangat berpatutan.

Tapi, bagi korang yang nak ke sana melalui jalan laut, jangan risau. korang boleh drive dan park kereta di jeti Kuala Kedah mahupun Kuala Perlis dan naik feri untuk terus ke Langkawi dengan harga tiket tidak lebih daripada RM50 untuk perjalanan sehala. Haa, siap boleh menikmati permandangan laut lagi. Best woo. Kemudahan parking kereta pun mudah nak dapat di area jeti. So, tak jadi masalah.


Di Langkawi, aku dan family menginap di sebuah hotel yang terletak di area Pantai Chenang. Dengan jarak yang sangat dekat dengan pantai, makanya ktorg dapat spend banyaaak masa di sana. Boleh dikatakan semua aktiviti sukan air yang ada kat situ ktorg try. Main jetsky, parasailing, banana boat, volley ball, semua laa. Waktu malam pulak, ktorg satu family jalan-jalan santai kat kedai-kedai tepi pantai ni. Cari souvenir and makan-makan. Best sangat environment kat sini. Meriah, kalah Bukit Bintang ;p Hilang stress kerja aku, hahaha.

Selain tu, ktorg juga berkesempatan menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang. Mak oi, tinggi betul. Orang-orang yang sukakan cabaran memang sesuai naik ke sini. Kat atas ni, korang berpeluang menikmati pemandangan yang sangat awesome! Nampak geografi pantai yang cukup indah, ditambah pulak dengan tiupan angin yang sangat menyegarkan. Fuhh, layan bebbb. Lagi layan bila korang kena tiup angin time cross sky bridge. Perghhh, gayat, tapi best.

Gunung Mat Cincang

Untuk korang yang tertanya-tanya kenapa Langkawi ni digelar sebagai pulau legenda. Haa, Makan Mahsuri harus dimasukkan dalam tempat yang wajib dilawati. Dengan bayaran masuk yang tak sampai RM10 sorang, Makam Mahsuri ni mampu untuk menjawab persoalan korang tu. Bukan tu je, time ktorg melawat tu, ktorg jugak berpeluang melihat diorama mengenai kisah hidup dan mengapa Mahsuri dibunuh. Memang menyentuh perasaan. Selain kisah hidup, tempat ni jugak mempamerkan barang-barang kegunaan harian dan model rumah Mahsuri serta ahli keluarganya.

Haa meh sini aku nak share tips untuk menjimatkan expenses korang time bercuti ke Pulau Langkawi ni. Instead of sewa kereta, korang boleh sewa scooter untuk pusing-pusing ambik angin pulau ni. Tapi dengan syarat, korang kenala ada lesen motor. Ala lagipun pulau ni tak besar, satu hari pun sempat nak pusing. Untuk makan tengahari yang sedap, aku nak rekemen Restoran Siti Fatimah yang terletak di Kampung Tok Senik untuk korang cuba. Macam-macam lauk kampung yang dorang serve seperti ikan bakar, ulam-ulaman dan lain-lain lagi. Dah la sedap, dan yang paling best sekali, harga yang ditawarkan juga tak mahal. Korang boleh makan sepuas-puasnyaa.

Telaga tujuh

Untuk minum petang, korang boleh try ke gerai-gerai yang terletak di sepanjang jalan ke lapangan terbang. Terdapat laksa utara, air kelapa, bihun sup dan ABC. Yang buat juadah ni lagi sedap yelah kita dapat makan sambil menikmati view laut. Kalau nak lagi dramatik, pegi la time sunset. Romantik uolss. Hee, dah panjang sangat aku bebel. aku rasa cukup untuk perkongsian kali ni. Ada masa lagi, nanti aku pegi bercuti lagi. Boleh la share dengan korang lagi. Hihi babai geng, take care!

Ok Tak kalau buat entri macam nie? lama tak sampai langkawi nie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.