Budak nie dah official 4 Tahun

Ini satu-satunya anak perempuan aku buat masa sekarang.

Memandangkan lahir hujung tahun, so hujung-hujung laa baru official 4 tahun kan.. Tahun 2019, dah start Pasti 5 tahun. Sedangkan baru je masuk 4 tahun.. kesian anak abah..

Perangai, sekarang boleh tahan.. Menjawab no 1..

Suruh mandi “kejap ye abah”

Suruh kemas mainan “Ya(nama panggilan dia) tak habis main lagi abah”

Jangan gaduh dengan abang ” Ya tak gaduh pun, Ya main-main je”

Boleh tahan oo ini budak… Gaduh dengan abang-abang no 1, pandai plak dia politik.. Gaduh dengan Abang Aisy, dia baik dengan Abang Adam, Gaduh dengan Abang Adam dia baik plak dengan Abang Aisy..

Kalau gaduh 2 2, dia datang report kat ibu dan abah.. mentang paling bongsu, abang-abang yang kena..

Kalau kemana-mana, tak boleh nampak warna pink.. Semua dia suka… Kucing, semua comel.. Tapi takut nak pegang.. menangis-nangis kalau kucing datang dekat dia.. Tapi kalau jauh, “Comelnyeee CAT tue , abah”.

Semoga anak dara aku ini, membesar jadi anak yang solehah.. insyaALLAH.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.