Fazrol Dot Com

PD Famous Cendol Power, tempat wajib jika ke Port Dickson

Last aku ke Port Dickson, tak silap aku tahun 2010. Masa tue, aku review Permaisuri Resort. Memang Blog post yang paling berbaloi. Sebab banyak trafik yang aku dapat melalui review Permaisuri Resort. Sampai drama TV yang cerita duyung, tak ingat plak aku. Sampai guna logo Permaisuri yang ada www.fazrol.com. ha ha.

Itu laa last aku sampai Port Dickson, rasanya.. Tapi kali ini, aku pergi seorang atas urusan kerja. So kurang rasa seronok laa, sebab anak bini tak ikut.. Tapi bab aku kurang seronok tue, diketepikan, cuma kali ini, aku nak share, kalau korang ke Port Dickson.

Wajib singgah di PD Famous Cendol Power. Menu yang wajib try bagi aku.. Kambing Bakar dan Cendol. Untuk menu yang lain, tak dapat nak cadangkan, sebab aku tak try.. Tapi rasanya sedap juga kot.. Memandangkan aku suka makan kambing, so memang aku attack kambing je laa.. ha ha.

Bagi aku persekitaran, tempat agak luas.. Nak parking pun senang.. Tapi kalau ramai, terpaksa laa parking di Petron, berhadapan dengan PD Famous Cendol Power.

Dari segi, biasa laa.. Kalau manusia dah ramai.. Kesabaran amat penting. ha ha.

ok.. adios.. layan gambar je la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top