Berhijrah dari IOS ke ANDROID

Setelah bertahun dengan ios.. Sekarang aku dah berhijrah ke android Oreo.. Nak kata sedih, tak laa sangat.. Memandangkan ios atau apple bagi aku dah kurang wow factor..

Smartphone pertama aku yang pertama di mana selepas symbian dari nokia.. Adalah Samsung Galaxy Ace.. Aku cuma sempat pakai untuk 4 bulan tak silap aku.. Memandangkan susah download apps dan selalu memory full.. Masa tue tak banyak boleh transfers dari storage phone ke memory card.. So selalu laa naik notifications full..

Nak dijadikan rezeki.. Kawan aku menang cabutan bertuah iphone 4s.. Tapi memandangkan bagi dia.. Ios ini complicated..Sebab tue dia jual iphone 4 dan ambil Samsung S2.. So bila menang iphone 4s.. Dia pun terus nak jual.. Masa tue aku beli rm1800.. (sealed box tau).. Kalau aku jual balik rm2000 pun dah untung waktu tue.. Hi hi..

Tapi saja nak test.. Best sangat ke pakai iphone nie.. Aku try dulu.. Kalau tak kena dengan jiwa.. Baru aku jual balik.. Tapi bermula dari iphone 4s laa aku tertarik dengan ios apple nie..

Berbeza sangat percormance dia dengan android waktu tue.. Bayangkan waktu gue.. Kalau sapa yang pakai android selalu hang disebabkan whatsapp.. Tapi bila guna ios.. Memang tak hang langsung.. Walaupun banyak app yang sedang running..

Tapi selepas iphone 4s problem.. Bateri, hang, home button rosak.. Terus aku bertukar ke iphone 6 128gb.. Menggunakan pakej Umobile sebelum gst.. Ha ha..

Iphone 4s memang antara handphone yang paling lama aku guna… 2 tahun aku still bersama iphone 4s..

Sekarang aku masih lagi dengan iphone 6.. Cuma baru nie je problem… Bateri dah kong.. Tapi setelah tukar.. Alhamdulillah ok.. Tapi performance dah semakin slow.. Biasa.. Bisnes.. Kalau tak perlahan iphone 6 camna nak lakukan iphone yang akan datang.. Ye tak?

Oleh kerana iphone 6 dah slow.. Kerap hang atas faktor penggunaan aku.. Nak ambil iphone 8 dan iphone x terlampau mahal.. Aku pun berpindah menggunakan android..

Sekarang dengan rasminya aku telah berhijrah menggunakan huawei mate 10 pro.. Hopefully mate 10 pro jie, layan aku dengan baik.. Hi hi..

One thought on “Berhijrah dari IOS ke ANDROID

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top