The Legend Resort Pilihan Resort Di Cherating, Pahang

Saat entri ini ditulis, aku still tak dapat lagi move on dengan Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari di The Legend Resort Cherating, Pahang. Pengalaman yang best sangat untuk aku dan family…

Seriously,kalau di beri peluang untuk ke Cherating lagi sekali di masa akan datang, Insya Allah aku tetap memilih The Legend Resort Cherating, sebagai tempat penginapan aku..

Aisy sukaneka..

Dari pengalaman sendiri aku, kalau mana-mana syarikat yang mencari tempat untuk buat “Team Building atau Family Day” Di Cherating.. Aku akan cadangkan buat di The Legend Resort, Cherating..

Kemudahan yang bagi aku cukup lengkap…

  • Dewan yang cukup besar, nak buat seminar memang sesuai..
  • Tempat makan yang best, Ada yang dekat resort (dekat dengan pool), dan kalau nak buat bbq malam kat tepi pantai pun ada tempat makan..
  • Kolam memang awesome bagi aku.. Sampai 3 jenis pool.. Dah laa luas, anak-anak memang puas hati sangat-sangat..
  • Private beach, senang! petang-petang nak pilih mandi laut dulu atau mandi kolam… 2-2 pun boleh.. ha ha..
  • Aktiviti, di The Legend Resort macam-macam boleh buat.. Bagi makan arnab, aktiviti sukaneka pantai, sukan pantai dan tak silap aku ATV pun ada.. Alaa yang motor roda tiga tue… hi hi.. Memang sesuai sangat untuk Family day atau Team Building.
  • Kalau sementara nak tunggu orang kat Lobi tue, boleh laa layan Pool ngan Snuker.. Aku pun malam tue sempat gak main.. Dah lama gila tak main snuker.. hi hi.. nasib ada geng..
Kolam Mandi The Legend Resort

Ok laa, itu untuk kalau mana-mana syarikat atau family besar nak buat Family Day atau Team Building di Cherating.. Boleh pilih The Legend Resort, Cherating.. “Memang terbaik habaq hang” ha ha..

Sekarang cerita tentang bilik yang aku dapat kat The Legend Resort, Cherating pulak..

The Legend resort

Bagi aku bilik memang selesa, aku ambil yang katil single ada 2 tue.. Katil single yang boleh tahan besar juga,, Boleh gak tidur untuk 2 orang.. Tapi bilang rapatkan, 5 beranak aku pun cukup untuk 2 katil tue.. hi hi..

Kelengkapan dalam bilik, macam resort-resort lain laa… Tuala, iron, peti simpanan, Peti ais kecik.. Memang lebih kurang laa dengan Resort lain  bagi aku…

 

The Legend Resort, Cherating

Tapi yang best bagi aku, ada sofa.. Tak boleh tidur atas katil, boleh suruh anak tidur atas sofa… Ye laa, kalau tak! sempit-sempit gak atas katil kan??? hi hi.. Rupa-rupanya sofa yang disediakan kat bilik aku tue boleh jadi Sofabed… Ruginya dah nak Check out baru perasan.. ha ha..

Kolam mandi pula… Memang anak aku paling suka sekali.. Pantang waktu terluang.. Asyik nak terjun kolam saja.. ha ha..

DCIM100MEDIA

Selain tue, yang ini, aku respect.. Masa ada masalah di bilik aku yang 1st memang cepat je diselesaikan, bila pihak maintenance tak dapat settle.. Terus aku dipindahkan ke bilik lain.. Nasib baik, tak abih punggah semua barang, kalau tak penat ooo… hi hi.. Tapi memang cepat diselesaikan.. Salute pihak The Legend Resort, Cherating..

Ok laa, aku rasa setakat ini saja bebelan aku… Untuk lebih lanjut.. korang boleh refer..

website – www.legendresort.com.my

Facebook – The Legend Resort Cherating

Instagram – Legendresort.Cherating

Email – Dos@legendresort.com.my/dos.legend@gmail.com

Tapi kalau nak pakej yang menarik.. Sebut nama fazrol dot com… Dan contact  : En Meor Amran (013-3319822) ha ha.. try laa.. Sebut sekali Kelab Blogger Ben Ashaari.. hi hi..

Ok next, aku tulis… Apa aktiviti yang boleh buat di Cherating.

5 thoughts on “The Legend Resort Pilihan Resort Di Cherating, Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top