Apa ada dengan Set Travel Cosmoderm?

Set Travel Cosmoderm
Sebenarnya bila aku nak travel dengan family ke mana-mana.. Semua urusan persiapan untuk travel memang bini aku yang sediakan.. Maklumlaa, aku nie manja ngan bini sikit.. Bukan nya aku tak mau buat, tapi bila aku buat.. Mesti ada “something wrong in somewhere”.. So aku lepaskan kepada yang lebih hebat untuk uruskan semua tue.. Amacam? hebat tak aku? hi hi hi..

Tapi untuk travel baru nie, Yang mana aku memeriahkan Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari di Legend Resort Cherating(next blogpost aku cite ye.. hi hi…) Kami dibekalkan dengan Travel Set dari Cosmodern..

Untuk pertama kali aku rasa, aku travel, aku ada bawa travel set macam tue… Sebelum nie.. Travel set aku.. Berus dan Ubat gigi.. Pastu Sabun.. Sebab Sabun Kat hotel memang aku tak pakai sangat.. Sebab kurang KICK… hi hi..

Tapi dengan Travel Set Cosmoderm nie, aku rasa, lepas daripada ini.. Bila aku travel, Set Tavel Cosmoderm nie merupakan antara benda yang wajib bawa… Nampaknya beg aku bertambah berat laa.. ha ha… Berat tapi berbaloi… Lagipun bukan besar sangat saiz Set Travel Cosmoderm nie..

Ok laa, Tulis panjang tak mau.. Aku share sikit.. Ada 3 produk asas Set Travel Cosmoderm :-

1. Vitamin E Cream 3,000iu (50ML)

Krim ini kaya dengan vitamin E… Dengan campuran minyak Rosehip dan minyak Zaitun, ia menjadi lebih efektif dalam melindungi kulit daripada sinar UV… Ia juga mampu kurangkan garis halus kedutan, parut dan kulit kusam…

Bila buat aktiviti macam yang sememangnya terdedah dengan cuaca panas, memang wajib pakai krim nie.. baru tak gelap.. hi hi..

2. Tea Tree Oil Magic Body Lotion (60ML)

Losyen ini diperkayakan dengan Lidah Buaya, ekstrak Chamomile dan Minyak Tea Tree.. Losyen ini sesuai untuk meredakan perit kulit akibat selar matahari seperti di pantai… Kulit yang tak selesa dan kering sangat bagus disapu losyen ini…

Selain itu losyen ini juga boleh membantu menghalau nyamuk, serangga dan pepijat katil… Sangat sesuai untuk dibawa mengembara dan aktiviti outdoor..

Memang sesuai untuk Aisy dan aku, sebab kulit kami sensitif.. hi hi.

3. Advanced Moisture Therapy Cream (50ML)

Krim ni bagus untuk lembutkan bahagian kulit yang keras supaya lembut. Kulit keras seperti bawah siku, sekitar lutut dan tumit sangat sesuai dengan krim ni…

Siapa yang sering mengalami tumit kaki yang pecah sangat sesuai menggunakan krim ni… Ia akan melembutkan kulit kasar di tumit kaki dan seterusnya merawat tumit yang pecah…

Krim ini, krim kegemaran bini aku.. Sebab memang dia dok cari benda nie.. Lembutkan kulit… hi hi..

Ok laa.. Ini benda asas dalam Travel pack Cosmoderm.

Cara penggunaan?

Takkan nak ajar kot.. Sapu je… ha ha ha…

Kat mana nak cari Set Travel Cosmoderm?

Ini soalan favourite…

Ada 2 cara…

Secara Offline

Korang boleh terjah mana farmasi di luar sana… Watson, Gurdian, Vitacare dan macam-macam lagi.. Cash And Carry.. Kalau tak ada cash… Pakai Kad Debit dan Kad Kredit pun boleh untuk kedai tue… hi hi..

Secara Online

Korang boleh buka..

www.cosmoderm.com.my..

Ikut arahan selanjut.. InsyaAllah barang akan selamat sampai kepada pihak yang menunggu.. hi hi..

Untuk promosi atau info terkini.. Better korang follow

FB – Cosmoderm

IG – Cosmoderm

Ok laa, setakat ini saja bebelan dari aku… Next post, aku akan ceritakan Legend Resort Cherating yang awesome… hi hi..

4 thoughts on “Apa ada dengan Set Travel Cosmoderm?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top