Pemberi yang sebenar..

Mata kita sering kali menipu diri kita sendiri. Kota menyangka apa-apa yang kita lihat itulah hakikat yang sebenar. Namun, hakikatnya tidak sama seperti yang kita lihat.

Sebatang pensel yang dimasukkan ke dalam air kelihatan sedikit bengkok, padahal ia lurus. Sebuah bintang kelihatan sangat kecil, padahal besarnya ratusan kali ganda dari bumi ini.

Begitu juga pandangan kita ketika melihat kehidupan ini. Kita sering kali menyangka rezeki kita di tangan syarikat, sihat kerana ubat dan doktor, berilmu kerana sekolah dan buku, begitulah seterusnya.

Kita terlalu asyik memerhati apa-apa yang kelihatan sehingga lupa bahawa semua itu sebenarnya hanya perantara sahaja. 

Pemberi sebenar ialah ALLAH S.W.T. Dialah yang benar-benar memberi manfaat atau mudarat. Dia juga penggerak hakiki setiap perubahan yang berlaku.

Allah yang menggerakkan hati manusia untuk memberi atau menolak penyakit, memberi ilmu dan mengurniakan kemahiran ataupun selain itu.

Sesiapa yang melihat perkara ini secara hakiki, maka dia tidak akan bergantung harapan melainkan hanya kepada ALLAH.

Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Jika engkau hendak meminta, memintalah kepada Allah. Jika engkau hendak meminta bantuan, mintalah kepada ALLAH” (Riwayat al-Tarmizi)

5 thoughts on “Pemberi yang sebenar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top