Jangan Tak Tengok J Revolusi!

J revolusi

Review ini bukan berbayar ye.. Ikhlas dari hati aku..

Semalam aku dapat jemputan dari U mobile untuk tonton filem terbaru J Revolusi yang akan ditayangkan pada 2 Mac nanti tak silap aku… Aku dapat 2 tiket, so bawa laa sorang member aku nie..

Dengan harapan, kot-kot ada Fazura, tapi kecewa, hanya Hero J revolusi je yang ada.. Zul Arifin.. Sedikit kecewa dalam hati nie.. Bila awek tak datang.. ha ha ha..

Ok laa, point yang aku nak kongsi dalam Filem J Revolusi nie…

Hero – Jay

Bagi aku, cerita dia memang best, cuma ada sesetengah pelakon tue, aku rasa macam tak sesuai dengan watak yang di bawa.. Macam Zul Ariffin memang dah kena dah, memang hero.. Watak sokongan tue jaa.. Tapi aku rasa, watak yang sesuai untuk watak tue, cam Dato’ Jalaluddin Hassan atau Dato Yusof Haslam mesti kena… hi hi.. pendapat aku jaaa…

Yang bestnya, dalam filem aksi nie, ada juga humor dia.. Lakonan Azad JAsmin, walaupun macam yang biasa tengok sebelum nie.. Kali ini, tak ada laa over sangat.. Setiap part scene dia, ada ja yang buat rasa nak gelak.. Kira ok laa tue…

Bab aksi, memang tak leh kata apa laa… Memang boleh dibanggakan bagi filem Malaysia… Tapi yang paling aku suka, bila Part Jay(zul Ariffin)… Dia keluarkan peluru kat bahu dia, biasa jaa.. Yang dia jahit luka tue yang nampak real tue.. Pergh.. rasa cam cerita Rambo plak… hi hi..

Walaupun ada jaa, jalan cerita yang tak logik.. Bagi aku boleh dimaafkan… Aksi dalam filem nie memang awesome.. Tak pernah tengok Polis Malaysia macam tue punya hebat.. Equipment dia, cam filem polis luar negara selalu tunjuk tue… memang sempoi.. Terasa hebat betul UTK nie… Unit Tindakan Khas…

Tak rugi laa, layan filem nie nanti bila dah keluar…. Terbaik… Tak tau plak, siapa pengarah dia, hopefully boleh buat filem yang macam nie lagi…

Kalau dulu Gerak Khas The Movie dah rasa best… Untuk J Revolusi nie, bertambah best..

Akhir kata “Antara Filem Aksi Malaysia yang patut anda tonton”

 

One thought on “Jangan Tak Tengok J Revolusi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top