Isi minyak di Shell dengan Kad Bonuslink

Kad magic aku... hi hi

Kad magic aku… hi hi

Sebenarnya aku baru tau, rupanya dengan kad bonuslink, rupa-rupanya boleh isi minyak free.. Tak sangka betul..

Aku dah ada kad bonuslink nie, dah lama, tapi tak pernah register pun, kat bonuslink.. Yang aku tau… Bila pergi mana-mana kedai, kalau boleh dapat point/mata ganjaran Bonuslink, aku bagi saja..

Antara tempat yang selalu aku guna untuk dapat point//mata ganjaran Bonuslink nie.. Tak lain tak bukan adalah stesen minyak Shell… Ye laa selalu sangat isi minyak, apa lagi, leret sekali laa Kad Bonuslink tue.. Pastu antara tempat lain yang selalu dapat point/mata ganjaran ialah Caring Pharmacy dan Parkson… Memang antara Partner Bonuslink yang selalu aku kumpul point/mata ganjaran…

Tapi ada banyak lagi, partner Bonuslink untuk kumpul point/mata ganjaran… Boleh tengok di SINI.. Kalau korang memang antara orang yang selalu berurusan dengan semua partner bonuslink tue, apa lagi.. Gunakan sebaiknya.. kumpul point/mata ganjaran banyak-banyak..

Apa yang best bila Point/mata ganjaran dah banyak????

part yang paling best bagi aku ialah boleh isi minyak free di Stesen Minyak Shell

Camna nak isl minyak free di stesen minyak Shell dengan Kad Bonuslink?

Ini yang aku dah try, pergi kat kaunter dan cakap nak redeem/tebus point/mata ganjaran kad bonuslink nak isi minyak berapa harga… Contoh nak isi RM 30… Then nanti kaunter akan ambik kad bonuslink dan minta pin nombor… pastu baru boleh isi minyak free tanpa keluarkan duit.. hi hi..

Tips ini sangat berguna bila harga minyak naik… ha ha ha… jimat sangat-sangat…

Ada cara lagi satu, boleh isi di pam saja.. Tak payah pergi ke kaunter, tapi yang tue, aku tak sempat belajar… Nanti dah tau, aku update dalam blog ye.. sorry…

Dengan point/mata ganjaran yang ada nie, bukan saja boleh boleh redeem/tebus untuk isi minyak saja kat stesen minyak Shell.. Nak beli jajan pun boleh… Contoh air mineral yang rm1 tue, boleh redeem/tebus dengan serendah 100 point Kad Bonuslink.. Amacam? teruja tak? tue tak termasuk barang-barang lain yang ada kat kedai stesen minyak Shell tue…

Antara barang lain yang boleh di tebus dengan point/mataganjaran Kad Bonuslink

Kalau dah terlampau banyak sangat point/mata ganjaran, apa lagi.. Masuk website https://www.bonuslink.com.my/.. Pilih saja barang yang berkenan di hati.. Macam-macam ada… Di website juga macam-macam korang boleh tengok promosi terkini dari Bonuslink..

macam-macam ada

PERINGATAN

Sebelum nak redeem Point/Mata Ganjaran di stesen minyak Shell atau dengan Partner Bonuslink yang lain.. Ada baiknya, register online di website https://www.bonuslink.com.my/ untuk dapatkan no pin.. Senang untuk sebarang transaksi nanti..

Macam mana nak dapat point/mata ganjaran yang banyak?

Antara cara kesukaan aku, ialah isi minyak di stesen minyak Shell laa.. Sebagai contoh…

1 Liter Minyak = 1 Point
1 point = RM1 ( untuk semua minyak pelincir )
25% bonus Point untuk Shell V-Power Racing

Extra – seperti gambar di bawah…

Bonus point di Shell

At least, aku tak isi minyak dengan sia-sia.. Point/mata ganjaran yang dikumpul, boleh guna balik nanti.. hi hi.. bijak tak?

Ok laa, setakat ini saja coretan hamba kali ini.. lain kali sambung lagi ye..

Untuk lebih lanjut lebih baik refer – http://www.bonuslink.com.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  1. tq bro.. sy baru reddem barang.. ad 1k point lg.. jd boleh redeem 1k Liter minya lg klo 1point 1liter.. kankankannn??? klo gtu boleh redeem minyak.. jimattt😆

  2. Aslm.
    Point bonuslink dikreditkan setiap sbulan skali ke? Aku nyer 3570point,x brubah pun dah hampir 2 minggu