Bini aku dah tersampuk dengan drama Korea!

Drama 1st aku layan

1st Drama Korea aku terjebak bukan Winter Sonata… Tapi drama Hotelier.. Tahun 2001 tak silap aku.. Lepas tue, aku tak tengok dah.. Sampai laa kawan aku share dvd dia cerita Sassy girl..

Memang best gila cerita tue, terus aku pun terjebak layan DVD korea.. Pastu setelah berapa lama tak layan Drama Korea, Drama yang menarik minat aku… Cerita Full House.. Tue pun, sebab ex-aku suka tengok.. Aku pun terjebak..

Full house – lagu dia best… hi hi

Tapi tahun nie, Hantu Korea aku kembali lagi… Bermula dengan Drama Descendants Of The Sun… Aku terus mula download Drama korea melalui VOD Astro.. Pastu layan plak Pretty Ugly…

Pastu bermulanya Drama Korea bertajuk “Doctor”… Bila cerita bab hospital nie, memang banyak la aku tanya bini, tentang sakit yang depa dok cerita dalam tue…

Tapi waktu cerita nie, bini aku malas sangat nak layan, sebab dia dah ketinggalan banyak episod.. So tak terjebak sangat…

Tapi sekarang.. BIla cerita duyung keluar (Legend of the Blue Sea)… Aku dah ajak dia tegok sekali.. Sampai marah-marah kalau aku tengok tv dulu dari dia… Dia pun dah start follow cerita tue..

Cerita duyung yang cantik

Yang best, ingat cerita Duyung je dia tengok, sebab dah dah tertengok episod awal ngan aku… Rupa-rupanya, cerita goblin pun dia follow lepas tengok aku dok layan cerita tue.. Nasib baik rakam, memang dia boleh tengok dari episod 1 laa..

Lepas nie, dia lagi terer bab cerita Korea laa dari aku pas ni… hi hi…

Apapun, memang layan cerita korea nie.. Bagi aku walaupun cerita dia pelik, ikan duyung laa, Goblin laa, ada hari tue heroin yang boleh nampak bau laa… Jalan penceritaan dia memang lain dari lain…

Askar yang hensem

Bila cerita bab doktor, nampak real plak… Walaupun kisah cinta, dia tetap selit bertapa susahnya kerja sebagai doktor.. Bukan 24 jam tentang cinta memanjang.. Dalam konflik ada saja cerita dia…

Ok laa, memandangkan astro dah potong.. Lepas nie, tengok drama korea online je laa… Minta-minta unifi tak buat problem.. Slow macam siput.. Tension satgi.. hi hi..

Lepas cerita nie, cerita apa yang best plak ye????

3 thoughts on “Bini aku dah tersampuk dengan drama Korea!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top