1st time bagi hadiah diary 2017 kepada client

Sepanjang aku jadi seorang Agen Unit Trust yang berwawasan, aku tak pernah lagi bagi hadiah yang limited edition macam nie.. Tahun ini, kali pertama aku beli diari untuk dihadiahkan pada client aku yang tertentu.. Bukan pilih kasih, tapi pilih yang mana telah menyokong aku selama ini..

Salah satu yang aku pilih, ialah client yang telah lama masuk melabur melalui aku.. Tanpa henti terus menyokong aku hingga sekarang.. Kiranya buat Dollar Cast Averaging laaa.. hi hi.. Tanpa mereka tentu susah untuk aku teruskan jadi agen yang terbaik.. hi hi..

Sebenarnya aku beli sikit je diari ini, so untuk client yang terpilih, tapi rasa tak suka sangat guna diari, aku bagi dekat client yang lain yang berminat.. Lagipun, aku punya client dekat-dekat je.. hi hi.. Satu opis katakan, sorang dah lama dah masuk unit trust dengan aku, sorang lagi, baru dapat hidayah masuk dengan aku.. So client lama rasa tak nak, aku bagi dekat client yang nak tue.. Senang kan?

Tapi bukan diari saja yang aku bagi, sebelum nie, untuk client aku.. Aku bagi tabung bear, pen, note book dan tempat letak handphone pun ada tau.. Semua atas nama MaaKL Mutual dan Manulife Asset Management. Cuma diari nie, limit laa sikit, setahun sekali baru keluar.. hi hi.. So rasa macam limited edition laa…

Apapun, aku nak ucap berbanyak terima kasih pada client, kawan-kawan yang menyokong aku selama ini..

Seperti biasa, aku tetap fokus kepada pengeluaran dari Akaun 1 KWSPi…

<iframe src=”https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Ffazrolamer%2Fposts%2F10210836246924145&width=500″ width=”500″ height=”193″ style=”border:none;overflow:hidden” scrolling=”no” frameborder=”0″ allowTransparency=”true”></iframe>

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.