Promosi percutian hujung tahun!

1st time sampai Krabi

1st time sampai Krabi

Sekejap nya rasa masa berlalu… Tiba-tiba dah nak sampai hujung tahun 2016 dah…
Rasa macam baru saja aku balik dari bercuti dengan keluarga ke Krabi, Thailand…
Rupanya dah nak dekat setahun dah rupanya, aku balik dari Krabi… Rasa tomyam yang sedap kat siam pun dok terasa lagi sampai sekarang.. Kulit aku yang sun burn pun, tak hilang-hilang lagi.. hi hi.. (melampau betul menipunya)

Naik Van je...

Naik Van je…

Itu semua kenangan percutian 2015 bersama keluarga tersayang.. Pergi Krabi ikut jalan darat saja.. Sewa van dari Malaysia terus ke Krabi.. Nak naik kapal terbang ramai sangat plak.. Kelam kabut satgi, baik guna khidmat van perlancongan.. Siap ada laa tourist guide yang boleh berbahasa Melayu lagi.. Senang sikit, masuk negara orang.. Tak ada laa jadi macam ayam dengan itik bercakap.. hi hi..

Poda Island!!!

Poda Island!!!

Nampaknya untuk tahun nie, aku bercuti dalam Malaysia saja laa.. (ayat macam tiap-tiap tahun bercuti luar negara) hi hi.. Ini semua sebab passport aku, bini aku, Adam dan Aisy dah tamat tempoh.. Kalau nak bercuti keluar dari Malaysia.. Kena renew passport untuk empat orang ini laaa.. Untuk Ammara tak payah lagi, sebab dia baru buat passport tahun lepas untuk pergi Krabi.. Untuk kami berempat, dah ada dari tahun 2014 lagi.. Sebab pergi Brunei masa tue.. Untuk Ammara tak ada passport sebab dalam perut lagi waktu tue… hi hi..

Memandangkan cuti sekolah hujung tahun dah nak dekat, tentu ibu bapa yang anak-anak bersekolah semua, pakat dok merancang nak bawa anak bercuti kat mana-mana kan? maklum lah, dah lama asyik ke sekolah, tentu nak bawa anak jalan-jalan bagi release tension kan.. Selama setahun belajar, ngadap buku siang malam.. Bagi rest otak pula kan?

Cameroon Highland

Cameron Highland

Macam situasi aku sekarang, bila nak bercuti pun, kena tengok pada jadual sekolah Adam juga.. Maklumlah, dah darjah satu.. Dulu masa tadika Pasti boleh laa ponteng-ponteng.. Sekarang dah masuk sekolah rendah, kena laa korban sikit… Cuti sekolah baru boleh berjalan-jalan dengan keluarga..

Kalau ikutkan aku! nak saja bercuti waktu orang lain berkerja.. Dan bukan waktu cuti sekolah.. Tak laa jammed sangat jalan, dan tak ramai sangat orang.. Baru senang nak pergi mana-mana.. Tapi itu semua dulu.. Sekarang dah tak boleh.. Nak tak nak, cuti sekolah juga kena berjalan dengan keluarga.. Kena laa berkorban sikit… Takkan nak Adam ponteng sekolah kot.. Rugi-rugi… Walaupun baru darjah satu, tak mau ajar benda yang kurang manfaat..

not just cheap

not just cheap

Lagi satu masalah kalau bercuti waktu cuti sekolah nie.. Harga pun melampau punya meningkat naik… Tanpa rasa simpati langsung.. hi hi.. Kesian kat aku yang bajet-bajet nak bawa keluarga bercuti nie.. Ye la, kadang-kadang kos melampau sangat.. Kalau gitu memang duduk rumah saja laa anak-anak aku tahun nie.. No more jalan-jalan..

Tapi itu dulu, sekarang nasib baik aku terjumpa satu website yang menarik.. Yang bestnya! menyediakan percutian dengan harga yang menarik.. Walaupun hujung tahun.. Tak percaya? korang cuba ushar(tengok) website ini – https://www.traveloka.com/en-my/promotion.

Traveloka

Traveloka

At least, boleh laa dapat harga murah untuk penginapan dan penerbangan kan? Untuk kos bajet yang lain, pandai-pandai urus ditempat yang dituju tue nanti kan?

Bila dunia di hujung jari nie, memang memudahkan betul.. Melalui Traveloka, boleh laa dapat promosi percutian hampir 100 buah hotel diseluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia yang terbaik punya.. Sambil berjimat, boleh bawa anak bini jalan-jalan.. betul tak?

App Traveloka

App Traveloka

Bukan saja pada website, korang juga boleh download Apps Traveloka di Playstore untuk telefon pintar Android atau Appstore untuk telefon pintar keluaran Apple(iphone). Untuk memudahkan pencarian tempat untuk pergi bercuti pada masa yang akan datang.. Amacam? mudah tak?

So apa lagi? cuti sekolah dah dekat.. Boleh laa try ushar-ushar kat mana yang boleh pergi untuk bercuti bersama keluarga tersayang..

From Miri with LOVE

From Miri with LOVE

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.