Bila Ammara suap makan sendiri!

Memang best bila anak nak suap makan sendiri.. Tapi azabnya bermula selepas dia habis makan.. Dia punya bersepah, memang tak ingat. Kalau dia makan satu tempat ok, Tapi kalau makan yang berpindah randah tue.. Memang rasa angin satu badan..

Bila di tegur, buat muka sebek (dalam loghat Penang, mimik muka sebelum nak menangis). Tambah plak sekarang Ammara dah pandai merajuk, pantang tak bagi apa yang dia nak..Memang dia akan lari ke arah bantal, tutup muka sambil menangis..

Umur dah nak dekat 2 tahun, tapi cakap masih belum, boleh sebut ‘abah’ ja.. Nak apa-apa, lebih kepada tunjuk sambil sebut dalam bahasa dia..

Macam nak makan sendiri, dia akan ambil pinggan dari tangan kita, dan akan suap sendiri.. Kalau kita nak suap, dia akan tutup mulut, tak pun, menangis sambil merajuk..

Bila dapat suap sendiri, memang puas hati laa.. 70% masuk dalam perut, lagi 30% dah pergi merata.. So kalau nak kemas rumah, better lepas dia makan.. Kalau tak buat penat ja.. hi hi..

Yang penting, Kakak Ammara dah belajar berdikari.. ha ha.. KAKAK ye? hi hi… InsyaALLAH kalau ada rezeki..

Comments

  1. says

    Jaga anak-anak kecil ni memang kena banyak bersabar… kuat menyelerak.. dan jadual tidur tak menentu… jadang tu kita dah ngantuk sangat sebab hari dah larut malam.. tapi depa takder nak tidur lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.