Umur tujuh tahun gigi geraham tak elok cabut lagi!

KIsah Adam!

Sebenarnya, dah lama Adam mengadu sakit gigi.. Tapi aku buat tak tahu.. Sebab Adam nie, kadang-kadang suka drama sangat.. Sakit sikit, tapi cakap macam sakit teruk sangat..

Dulu aku pernah kena game dengan dia sekali.. Dia cakap sakit perut sangat-sangat.. Aku yang kelam kabut sorang-sorang je masa tue.. Ibu dia tak balik kerja lagi.. Bawa laa, 3 beradik nie, pergi klinik..

Masuk bilik doktor periksa jaa, ada laa pegang-pegang perut dia.. Tanya mana yang sakit.. Dia boleh jawab, dah tak sakit dah.. Doktor tue boleh senyum sinis je tengok aku.. Ye la, check up macam tue.. Bil jalan tau..

Bila aku tanya, sebab apa tak sakit, dia kata.. “Adam dengan Aisy nak gula-gula dari doktor tue jaa”.. hampeh betul…

Balik je, aku bagitau, ibu dia.. Ibu dia boleh kata.. “Dah agak dah.. Abang yang kelam kabut sangat”.. Kena lagi sebijik… dem…

Bermula dari situ laa, aku agak berhati-hati bila dapat aduan dari Adam.. hi hi..

Bengkak pipi

Bengkak pipi

Ok.. Kembali kepada kisah gigi Adam… Dia dok mengadu kata sakit gigi.. Tapi aku buat tak kisah sangat.. Ingat sakit gigi biasa yang tercabut dua gigi depan dia tue…

Tapi, hari minggu baru nie, bangun pagi je.. Pipi dia mula bengkak.. Rupanya dah infection sebab gigi geraham berlumbang… Nak tak nak, kena pergi cari dentist.. Memandangkan Dentist kawasan Tasik Permaisuri, semua tutup.. Hari sabtu je last buka..

So, mula laa search google.. nasib baik ada klinik Syafeera yang buka hari ahad, tapi untuk orang yang buat appointment saja.. Alang-alang Adam dah datang, doktor boleh laa, periksa apa yang menyebabkan pipi bengkak.. So tak ada rawatan yang buat, Doktor cuma bagi ubat tahan sakit dan anti biotik..

Next appointment baru doktor buat rawatan.. Bila tahu, umur Adam baru 7 tahun, doktor cuma cadangkan buat rawatan dan tampal saja.. Sebab gigi geraham susu, akar dia panjang… Umur 11 tahun keatas baru laa sesuai untuk cabut kalau ada sebarang masalah..

So, untuk adik-adik Adam… Gosok gigi betul-betul.. Kalau tidak gigi rongak… hi hi…

 

Comments

  1. says

    My son Fahmi pun ada masalah ngan gigi geraham dia tu. Masa tu bengkak terus sampai ada nanah dlm gusi, terpaksa buat root canal. Melayang dkt RM500 gak huhu. Baru baru ni bengkak balik skit, nasib baik lepas makan ubat bengkak surut. Kalau tak, terpaksa lah cabut juga gigi tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.