Tahun Kedua Adam Berpuasa!

Cepat betul masa berlalu… Dah setahun dah berlalu…

Alhamdulillah… Diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan kali ini…

Lama juga aku tak update blog nie, masuk bulan Ramadhan saja, tak ada langsung entri terbaru dari aku… Banyak yang nak dikongsikan, tapi tak berkesempatan untuk update dia laptop nie…

Nak update melalui phone, kurang kepuasan, so tunggu je laa, bila laptop ini terbuka..

Untuk Ramadhan kali ini, Anak bujang aku yang sorang nie berjaya untuk berpuasa.. Sehingga ke tarikh entry ini ditulis, Adam masih lagi puasa penuh..

Tapi yang peliknya, tenaga dia, macam orang tak puasa.. Buas, dan suka menyakat adik dia macam biasa juga..

Nak kata, curi-curi minum air, aku tak rasa Adam buat camtu… Sebab sepanjang bersama dengan dia masa cuti, tak nampak langsung, dia curi-curi masuk dapur..

Bertambah respect aku dengan Adam nie, walaupun adik dia yang 2 orang nie tak puasa, dia tetap dapat menahan puasa dia… Bayangkan, bila pergi kedai, adik-adik confirm laa nak coklat ke… Tapi dia memang jenis tahan, paling kuat dia akan pesan kat aku.. “Abah nanti nak buka puasa, Abah beli coklat macam adik Aisy atau Ammara ye”…

Pergh… Aku dulu, pantang nampak budak lain makan, benda tak sedap pun boleh nampak sedap oooo… Tapi Adam memang boleh tahan…

Terima kasih Allah atas kurniaan ini…

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.