Uber VS Teksi

Uber VS Teksi

Akhirnya, aku dah tahu nak pilih yang mana?

Kebetulan, pada sabtu baru ini, yang mana aku ada event di Mid Valley.. Terjadi perkara yang tidak diingini, tayar belakang kereta aku pancit..

Memandangkan dah lambat, aku ambil inisiatif untuk menggunakan Teksi, melalui aplikasi Grab Car, tapi sayang, tak satu pun yang dapat.. So aku mula menggunakan Uber.

Alhamdulillah, dapat driver.. Kalai namanya yang aku tengok dalam aplikasi Uber di smartphone aku.. Sepanjang perjalanan dari, rumah aku ke Mid Valley, memang peramah orangnya..

Sharing dengan aku, tentang jadi driver Uber.. Serba sedikit tentang kerja fulltime dia.. Total cost aku, ke Mid Valley dengan kereta Saga yang bersih.. Rm10.19..

Dah habis event, di Mid Valley, aku menggunakan teksi dari tempat yang sama aku turun tadi untuk ke rumah aku.. Memang terkejut juga aku, total tambang yang aku kena bayar Rm20.50 cash, tanpa diskaun..  Itu ikut meter tue..

Dah laa, teksi boleh tahan, bukan yang baru.. Driver plak, memang jenis kurang sembang.. So aku banyak sembang dengan anak je laa.. Tapi harga, 2 kali ganda dari Uber, yang mana bagi aku servis, atau keadaan kereta yang lebih baik..

So lepas nie, aku jadi penumpang setia Uber je laa.. Untuk naik teksi, lepas ini,aku akan memilih untuk melihat siapa pemandu dulu.. Bukan takkan naik terus, cuma aku akan memilih.. Puas hati..

Dengan keadaan ekonomi sekarang, tak salah untuk memilih yang mana lebih jimat.. betul tak?

 

3 thoughts on “Uber VS Teksi

  1. ramai juga kawan-kawan yang nak cari duit lebih buat uber.. so tak ada masalah nak pilih mana-mana pun. sebab kedua-duanya kita membantu mereka yang mencari rezeki.,

  2. Dari segi kos tu memang Uber menang la. Cuma bila difikirkan argument pemandu teksi tu logik juga, dari segi perlesenan pemandu dan kenderaan. Tak dinafikan juga ada teksi yang pemandu berlesennya dah subkan kepada orang yang tak berlesen. Yang pentingnya, bila ada pilihan, kita pengguna yang akan untung. Timbangkan pro dan kontranya.
    Azwan recently posted…Logo Ambigram Terbaru http://www.azwans.comMy Profile

  3. fikirkan piala uber tadik..rupa-rupanya aplikasi untuk telepon la…
    Hanafi Abdullah recently posted…Buku Projek Anak Luar BiasaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.