Fazrol Dot Com

Aisy dah 4 Tahun!

genap 4 tahun umur Aisy
genap 4 tahun umur Aisy

Nampaknya hero no 2 aku dah genap berumur 4 tahun… Dah start masuk Pasti, legasi Abang Adam akan diteruskan di Pasti..

Aku sangat berpuas hati dengan silibus pembelajaran di Pasti.. Sebab tue, aku teruskan Aisy pun belajar di Pasti..

Hari ini, genap Aisy berumur 4 tahun.. Masih lagi manja, tak boleh ditengking langsung, confirm mengalir air mata…

Dari segi percakapan, masih lagi kurang faham… N – R – L… lebih kurang sama je sebutan… Bola, dengar macam sebut bona… Adik Ammara disebutnya Adik Ammana.. ha ha..

Apapun, kerap bergaduh dengan Abang Adam dia.. Memang jarang betul diorang nie, nak berbaik.. Nasib baik Adam tue ok, boleh laa jugak kadang-kadang tolak ansur dengan Adik Aisy dia nie.. Itu pun ikut mood, kalau tak.. memang habis laa…

Semoga hero no 2 aku ini membesar menjadi anak yang soleh… InsyaALLAH…

P/S – Hadiah birthday, Aisy request robot Transformer.. Mana nak cari nie????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll To Top