Tiba-tiba rumah jadi senyap!

Dulu masa kat hostel, bila time PREP, kalau dalam dok bising-bising.. Tiba-tiba senyap, selalu kami dok kata malaikat lalu, tue yang senyap tiba-tiba.. Kalau warden ce-ngey yang lalu! memang confirm satu dewan senyap.. Punya dahsyat penangan warden tue.. Cikgu lejen tue kat hostel aku dulu…

Tapi ini cerita anak aku! maklum laaa 2 hero katakan… Memang jarang sekali depa dua orang nie, akan bermain dengan baik sekali.. Paling kuat setengah jam, bermain tanpa gaduh… Lepas pada tue, mesti ada saja bunyi yang membuat nafsu amarah seorang abah meningkat naik…

Tapi cuti hari minggu baru-baru ini, perkara pelik berlaku.. Yang mana aku tengah tidurkan my Princess(anak dara sorang… hi hi)..

Sebelum nak tido kan adik, memang dah pesan kat abang 2 orang nie, jangan bising adik Ammara nak tido.. Selalunya kalau pesan pun, memang sekejap je, senyap, pastu bising balik.. Dengar jeritan 2 orang hero nie…

2 hero kepenatan!

2 hero kepenatan!

Tapi minggu nie, memang terbaik, aku plak pelik.. Kenapa tak ada langsung bunyi bising kat bawah.. rupa-rupanya.. 2 orang hero nie pun tido.. Memang betul-betul aman rasanya…

Ammara pun dapat tido dengan selesa, sampai ke petang, sebab tak ada gangguan bunyi lagi..

Aku???? perghhhhh! rasa puas… Tak payah marah-marah… ha ha ha…

 

3 thoughts on “Tiba-tiba rumah jadi senyap!

  1. budak2 senyap ni ada 2 kemungkinan: tido atau ada sesuatu sedang dilakukan mereka.. hahah

  2. rumah senyap bila 3 perkara ini ditemui.

    1. takde orang kat rumah.
    2. semua orang tidur.
    3. selepas jam 12 tengah malam.
    titan recently posted…Ich brauche etwas RuheMy Profile

  3. Biasalah budak budak…tak bising nanti lagi parah sebab tak macam kanak2 lain. Tak aktif sebaliknya jd kanak2 yg pasif. Tengok diorang tidur comel je. Huhu
    nurhaziq abdul hafiz recently posted…MANA BAGUS : NOVEL RAMLEE AWANG MURSHID ATAU NOVEL FIXI?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.