Tue Dia Char Koey Teow Ketam! Memang terbaik laaa

Char Koey Teow Ketam

Ketam pun ushar lain macam jeee

 

Tue Diaaa!!!!!

Char Koey Teow Ketam habaq hang…. Sepanjang bergelumang dengan Char Koey Teow nie, Dari Char Koey Teow Kg Pelet ( antara Char Koey Teow yang sedap di Penang, sapa tau? ) sampai laa semua Char Koey Teow kat penang (Sg Dua, Bertam, Permatang Pauh).

Kat KL nie cuma satu jee, Char Koey Teow yang kena dengan citarasa aku, iaitu Sani Char Koey Teow kat Taman Tasik Titiwangsa. Selain dari itu, tak kena dengan tekak dan sesedap macam Char Koey Teow aku makan kat Penang.

Blogger Raya Di Tue Dia Char Koey Teow

Bersama rakan blogger yang tak sabar nak makan Char Koey Teow Ketam

Tapi kali ini, nampaknya TUE DIA Char Koey Teow dah menambat hati aku.. Serius sedap gilaa  Char Koey Teow dia walaupun tanpa ketam.. Tapi bila ada ketam memang bertambah sedap..

Memang aku akan repeat balik nanti.. Sapa nak ikut? jom kita terjah ramai-ramai… hi hi… Kali nie, aku nak try Char Koey Teow Telur Sotong plak.

Nak tau kat mana Tue Dia Char Koey Teow nie?

buka Waze, dan search Petron Putra Height, Warung Tue Dia Char Koey Teow nie, memang bertentang dengan Petron Putra Heights nie..

Char Koey Teow Sedap in town

Akan ku repeat lagi selepas ini…

Berapa harga Char Koey Teow kat Tue Dia Char Koey Teow nie?

Char Kuey Teow Biasa : RM5.00
Char Kuey Teow Special Telur Mata :RM6.50
Char Kuey Teow Special Telur Sotong : RM7.50
Char Kuey Teow Special Ketam : RM15.00

Facebook Tue Dia Char Koey Teow

Instagram Tue Dia Char Koey Teow

Ok laa, habis bab Tue Dia Char Koey Teow.. Terima kasih banyak di ucapkan kepada Halim kerana memperkenalkan aku dengan Tue Dia Char Koey Teow yang sempoi nie… Kalau tidak mesti aku tak jumpa lagi kat mana nak cari Char Koey Teow yang sedap nie…

Blogger Beraya

Pergh Sedaapnya tue di sini…

Terima kasih kerana menjemput aku untuk

Majlis Blogger Raya di Tu Dia! Char Kuey Teow.

Anjuran : @haibloggerofficial
Menu : Char Kuey Teow Ketam Special, Kuih Muih & Minuman
Makanan disediakan oleh : @tudiacharkueyteowhq
Artis jemputan : @sakurabandmy
Live update, photo & video : @reezqicinematography

 

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.