Teringin nak honeymoon di Langkawi lagi.

Teringat nak honeymoon kembali

Teringat nak honeymoon kembali

Setiap kali dekat dengan ulang tahun perkahwinan, antara benda yang teringin sangat aku nak buat, ialah pergi honeymoon.

Kalau dulu, honeymoon hanya berdua, kali nie, honeymoon berlima laa.. Tak sanggup lagi untuk aku tinggalkan anak, dan pergi honeymoon dengan bini saja. hi hi…

Maskot Langkawi

Maskot Langkawi

Kalau nak berdua dengan bini, selalunya pergi tengok wayang saja, tue pun pada hari berkerja.. Sambil dating laa tue.. Anak hantar ke nursery dan rumah pengasuh, kami berdua pergi laa berdating..

Tapi kalau sampai tinggal berhari-hari rasanya tak sanggup lagi kot… Inikan pula, kalau pergi tempat yang best.. Macam Langkawi tue.

Kurusnya masa nie... hi hi

Kurusnya masa nie… hi hi

Untuk target kali ini, kalau boleh aku nak pergi Langkawi, ye laa, nak cerita kat anak-anak, ini laaa tempat abah dengan ibu honeymoon dulu masa lepas kahwin.. he he..

Tak boleh camni dah.. kalau pergi dengan anak..

Tak boleh camni dah.. kalau pergi dengan anak..

Aktiviti yang teringin nak buat sama macam waktu honeymoon dulu, cuma candle light dinner kot tak ada, Kalau ada candle light dinner pun, confirm tak rasa sangat romantik dia, silap-silap boleh terbalik meja dengan aksi hero-hero aku. hi hi.

Sebagai penambahan, perkara paling teringin sekali aku nak buat di Langkawi.. Naik Kereta Kabel Langkawi.. Aku tak pernah naik lagi atas tue.. Teringin sangat-sangat.. Hopefully, kali ini aku dapat juga merasa naik Gunung Mat Cincang tue..

Tengok dari Jauh jaa

Antara aktiviti menarik yang masuk dalam list aku nanti, insyaALLAH..

– Shopping laaa.. apa lagi… hi hi..

Memang kegemaran bini aku nie, memang borong sakan laa pinggan Mangkuk… he he.. Maklum laaa Duty Free katakan…

Kenangan masa 1st time sampai langkawi

Kenangan masa 1st time sampai langkawi

 

– Snorkeling

Ini antara perkara yang paling aku teringin gak nie…

– Eagle Feeding

Bawa anak, memang inilah antara yang aku nak tunjukkan..

-Under Water World

Tempat nie, memang wajib untuk aku bawa 2 hero aku nie…

– Island Hopping

Naik Bot, melawat pulau keliling Pulau Langkawi.. Boleh singgah Tasik Dayang Bunting…

Tasik Dayang Bunting

– Bawa anak ronda-ronda satu Pulau Langkawi.

Sewa kereta, confirm tak sesat di Langkawi.. Pusing laa ke mana pun, tetap ada dalam Pulau tue jugak.. hi hi…

Telaga tujuh

Telaga tujuh

Ada banyak lagi, tunggu aku pergi sana, baru aku update lagi yee.. kot-kot ada benda baru yang aku explore nanti.. hi hi..

OK laaaa….

Kalau nak pergi honeymoon atau bercuti tue mesti laa kena merancang dulu kan?

So sekarang, Aku nak share sikit, apa yang aku guna, selain dari google sebelum pergi bercuti nie…

Traveloka portal

Aku guna Traveloka… Portal untuk merancang percutian aku. Di situ boleh pilih tiket kapal terbang dan hotel.. Memang mudah laa.. Itu pun kalau nak pergi naik kapal terbang.. Dan pilih yang murah.. hi hi.. Kalau tak, pilih hotel saja laa…

Register pun senang, cuma bagi email saja… Pastu nanti tukar laa password.. Memang mudah sangat-sangat…

traveloka

Lepas tue, boleh explore sendiri ye, mana perancangan korang nak pergi nanti.. Boleh decide syarikat penerbangan mana yang paling murah… Belanja laa dengan bijak..

Akhir kata dari Travel Blogger tak bertauliah, pilihlah dengan bijak.. hi hi…

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.