Pertama kali beraya di KL!

Sedih sedih sedih….

Tak dapat di gambarkan.. Inilah tahun pertama aku menyambut hari raya di perantauan.

Sepanjang 6 Tahun duduk di KL, ini kali pertama aku tak balik raya di kampung.

beraya 3 beradik

Bukan kerana setuju dengan kata-kata “perancang kewangan” jangan balik kampug untuk berjimat. Tapi disebabkan bini pertama aku tak dapat cuti raya.

Sebelum ini, kalau bini tak dapat cuti raya, pernah jaa aku balik kampung dengan anak aku saja. Itupun  waktu Adam kecik dulu..

Adik aku mai ambil kat KL… Punya laa tak mau beraya kat KL.. hi hi..

Tapi tahun nie, terpaksa teman juga bini aku disini, maklumlah, anak dah 3. Yang kecik, Ammara masih minum susu ibu. Time Adam dulu, dia dah tak minum susu ibu.. Itu yang boleh lone ranger jaa ngan dia…

Nasib baik, raya pertama, ada juga rumah Mak Sedara aku yang tak balik kampung.

Kalau sebelum nie, pagi raya, salam peluk mak sendiri dulu, kali nie, salam mak sedara laa plak dulu..

Tapi tak laa rasa bosan sangat raya kat KL nie, masih ramai lagi orang yang raya kat KL rupanya.. hi hi..

Apapun, ini pengalaman pertama aku tak beraya di kampung, tapi aku tetap balik gak.. Ye laa, raya kan sebulan,.. So kita cover balik laa… he he.

Raya di KL

Anyway, Selamat Hari Raya, andai ada tersalah silap. Mohon maaf zahir dan batin…

Jom kita kutip duit raya…

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.