Teman Ex-Awek tengok Manisnya Cinta di Cappadocia

Tiket Manisnya Cinta Di Cappadocia

Tiket Manisnya Cinta Di Cappadocia

Masa mula-mula ex awek aku ajak aku pergi tengok wayang, aku malas.. Sebab bukan ada cerita best pun.. Ada ke ajak aku tengok cerita Manisnya Cinta di Cappadocia? Aku tak tau langsung ada cerita tue kat wayang sekarang..

Oleh kerana sayang, aku ikut juga keinginan dia.. Ye laa, kalau merajuk nanti sapa yang susah? aku jugak… Susah ooo nak pujuk perempuan nie..

Aku sanggup ambil emergency leave semata-mata nak layan dia tengok wayang.. Sampai Mid Valley, terus beli tiket kat kaunter.. Yang bestnya, aku tengok dulu poster Manis Cinta di Cappadocia.. Rupa-rupanya Fazura ngan Lisa Surihani heroin dia, baru bersemangat aku nak tengok..

Poster Manisnya Cinta di Cappadocia

Masuk-masuk wayang, aku tengok perempuan yang banyak dalam wayang tue.. Best ke tak best cerita nie? ke cerita untuk perempuan saja.. Lepas tue, baru ada sorang lelaki duduk kat seat depan, baru lega sikit rasa.. he he..

Layan cerita Manisnya Cinta di Cappodocia nie best juga pendapat aku..

Ada part yang lawak, sampai aku gelak, ex-awek aku tegur, “ingat.. Abang sorang je suara lelaki dalam nie..” Terus kena control gelak ketawa aku…

Ada part sedih, tapi aku tak nangis ye… Orang laki mana ada feeling feeling macam tue yee.. Hati keras nie.. ha ha…

Cerita yang mudah untuk faham, lakonan Fazura dengan Shahezy Sam memang mantap.. Dialog pun terbaik bagi aku..

Serius aku jeles dengan Mamat… Kecik besar, kecik besar je aku tengok…

Lepas tegok filem nie, confirm awek-awek semua nak pakwe pilot.. Yang semestinya, Cappadocia dah jadi tempat wish list untuk aku jejak nanti.. InsyaALLAH..

Ini pendapat peribadi aku ye… Lain orang lain citarasa dia.. Macam Fazura bagi 5 bintang kat kumpulan shake masa maharaja lawak mega 2014, sedangkan orang lain macam tak percaya plak…

Bagi aku filem nie best…

Gambar dari google, Gua.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.