Cabaran 30 hari – 5 cara memenangi hati aku!

Ingat ujang je letak gambar ngan artis?

Ingat ujang je letak gambar ngan artis?

5 cara saja? kalau aku berpuluh cara orang nak ambil hati aku. Aku nie, nampak jaa ganas. Tapi dalam hati ada sedikit taman bunga. Sebab tue, bini aku sayang aku.

Ok laa, setakat menyahut cabaran dari geng #kelabbloggerbenashaari ini, susah juga bila nak diterjemahkan dalam penulisan nie. Kalau diikutkan memang banyak dalam kepala. Tapi cukup laa bagi 5 kalau tak nanti salah seorang founder Cabaran 30 hari marah.

5 cara memenangi hati aku!

1 – Belanja makan! memang orang yg belanja aku makan memang tak pernah rugi. Sebab aku laa orang paling berbaloi dia belanja.

2 – Sambal petai! ini memang yang selalu bini aku buat untuk pujuk aku, kalau aku merajuk.. sweet tak? he he..

3 – Ceria! kalau tak ceria nanti bosan. Aku ada sorang kawan yang memang terlebih ceria. Sampai cerita apa pun dia mesti gelak. Muka pun nampak muda.

4 – Belanja aku tengok wayang! Belanja waktu aku free laa ye. memang aku suka. Tambah kalau cerita yang memang aku minat.

5 – Senyum dengan ikhlas! nampak gambar kat atas tue? itu yang memenangi hati aku. Tapi sayang, dia sudah pilih yang lain..

 

 

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.