Berkerja secara fleksibel!

talkshow di urban mom

talkshow di urban mom

Berkerja secara fleksibel! menarik tak? Bagi perempuan yang berkerjaya, kadang-kadang selalu dalam delima bila tiba fasa ada anak kecil, betul tak? Berbahagi masa dengan kerja dan jaga keluarga di rumah?

Kebetulan pula dalam minggu lepas masa event Urban Mom di One Utama.. flexWorkLife.my ada buat satu wawancara tentang “I Made A Career Comeback” untuk perempuan, bagi memulakan kerjaya selepas bersalin atau sudah lama berhenti sebab menjaga urusan rumah tangga..

Antara ahli panel wawancara itu ialah

1. Ms. Salika Suksuwan, Head, Industry Partnerships, Talent Corporation Malaysia
2. Ms. Nisa Hidayah, Talent Acquisition Specialist, Standard Chartered
3. Ms. Pauline Teo, HR Analyst, BASF Asia-Pacific Service Centre Sdn Bhd
Orang kuat flexWorkLife.my

Orang kuat flexWorkLife.my

Masing-masing ahli panel menceritakan tentang pengalaman kembali berkerja setelah lama bercuti menjaga rumah tangga..

Ye laa, kadang-kadang bila dah lama bercuti bersalin sampai 3 bulan, mood nak berkerja tue dah berkurangan.. Tambahan pula dengan naluri seorang ibu untuk melihat anak membesar, kadang-kadang sampai ambil keputusan untuk berhenti kerja, walaupun berkelayakkan tinggi… Betul tak?

flexWorkLife (6)

Tapi! nak tak para ibu nie berkerja balik jika, kemudahan untuk anak disediakan.. Contoh macam, di syarikat ada sediakan tempah mengasuh anak.. Tak pun paling menarik, boleh berkerja dari rumah atau waktu kerja yang fleksibel.. So tak terkesan dengan waktu pejabat 8 hingga 5 petang.. menarikkan?

Dari idea inilah tercetusnya idea flexWorkLife.my.. Ye laa, memang tak dinafikan memang ramai perempuan yang lebih berkelayakkan tinggi.. Rugi, jika segala bakat yang ada, tidak diasah untuk membangunkan negara… Pergh!!! aku cakap dah macam orang politik pulak.. ha ha

flexWorkLife (7)

So dengan flexWorkLifemy, para ibu yang dah lama berhenti atau masih berbelah bagi untuk berkerja atau berhenti selepas bersalin, boleh rujuk untuk cari kerja yang sesuai dengan kelayakkan korang… Kalau rezeki tak ke mana, betul tak? Sambil tambah duit, hati tenang dengan urusan keluarga…

Untuk lebih lanjut, aku cadang korang tengok sendiri website flexWorkLife.my. Kot-kot ada kerja yang menarik minat korang.. he he..

p/s – Untuk lelaki tak ada ke? aku pun nak jaga anak dirumah sambil berkerja!

Website – http://www.flexWorkLife.my

Facebook – https://www.facebook.com/flexworklife.my

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.