Kisah sembahyang terawih! Nak panjang ke pendek?

Gambar hiasan! tiada kena mengena dengan sembahyang Terawih!

Assalamualaikum dan salam hormat,

Aku nak kongsikan cerita yang aku baca melalui Majalah Solusi edisi ke 58. Dalam Segmen Angguk geleng.

Pada tahun ini, Pak Mat berazam untuk sembahyang Terawaih secara berjemaah bukan selama 8 rakaat, tetapi memilih untuk 20 rakaat. So dia pun bertanya di mana masjid atau surau yang panjang bacaan imamnya. Yang pendek-pendek tak main laa.

Setelah di survey Pak Mat pun memilih untuk ke surau  tahfiz yang berdekatan. Pak Mat sembahyang di saf pertama berdekatan dengan imam. Pada rakaat pertama, si imam membaca 10 halaman daripada surah al baqarah. Pak Mat mula gelisah, kakinya mula terasa kebas. Ini pertama kali dia solat berjemaah selama itu.

Sebaik selesai solat, dia terus tanya pada si imam!

Pak Mat : Surah apa yang imam baca tadi?

Pak Imam : Surah al-Baqarah.

Pak Mat : Surah al-Baqarah itu apa maksudnya?

Pak Imam : Lembu betina (jawap secara ringkas)

Tatkala Pak Imam nie nak meneruskan sembahyang yang seterusnya!

Pak Mat : Surah apa pula selepas ini?

Pak Imam : Surah al-Fil.

Pak Mat : Surah al-Fil apa pula maksudnya?

Pak Imam : Maksudnya “gajah”

Terus Pak Mat bersalam dengan Pak Imam dan meminta izin untuk keluar!

Pak Imam : Pak cik nak ke mana?

Pak Mat : Pak cik nak ke masjid lain. Kalau tadi baca surah ‘lembu’ pun panjang bukan main, lepas nie hendak baca surah ‘gajah’ pula. Tentulah lagi panjang!

Surah al Fil – Surah menceritakan tentang tentera bergajah Abrahah yang hendak menyerang Mekah.

Pengajaran dari cerita ini

Beramal mesti berilmu. Berapa ramai orang silap beramal kerana salah imu.  Untuk beramal sememangnya memerlukan semangat dan kesungguhan. Tetapi beramal bermodalkan semangat sahaja ibarat membawa kereta tanpa destinasi. Akhirnya kereta tersadai di tengah jalan kerana kehabisan minyak.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.