Keputusan periksa tengah tahun Pasti Adam!

OK!

OK!

Assalamualaikum dan salam hormat,

Hari tue, waktu aku baru balik dari kerja. Tak sempat masuk rumah lagi, Adam dah claim hadiah dekat aku.

Adam : Abah! beli hadiah kat Adam tak?

Aku : Beli hadiah apa? birthday kan lepas raya.

Adam : Adam periksa dapat no 2. Betulllll tak percaya tanya ibu?

Aku : Ye ke? (sambil buka grill nak masuk rumah)

Terus dia ambil buku prestasi dia tunjuk kat aku. Nampaknya dia tetap maintain no 2, macam periksa akhir tahun budak Pasti 4 tahun. Alhamdulillah.

Dapat no 2 dari 21... Not bad laa..

Dapat no 2 dari 21… Not bad laa..

Aku : Kenapa tak dapat no 1?

Adam : Kawan Adam dah ambil no 1 dah. ( jawap dia selamba)

Apapun tak kisah laa, tujuan aku hantar sekolah untuk dia belajar bercampur dengan budak-budak lain sambil belajar tentang basic agama. Alhamdulillah, banyak doa yang dia hafal. Ada yang sampai aku pun tak tahu doa apa. Tapi dia terangkan kat aku.

Aku tak push sangat Adam untuk dapat no 1, tapi kalau dapat Alhamdulillah. Anak-anak baru 4, 5 tahun bukan kena push untuk belajar sangat. Sekadar untuk main-main saja. Yang penting, dia boleh baca dan menulis nanti. Yang penting dia kena seronok nak pergi sekolah. Sebab tue, aku cuba untuk bagitahu Adam sekolah tempat seronok, boleh jumpa dan main dengan kawan-kawan.

Matematik paling tinggi

Matematik paling tinggi

Alhamdulillah hantar kat Pasti Adam tahu baik buruk sestengah perkara, sampai kalau dengar Azan, dia yang ajak aku pergi Surau. Walaupun dia pergi sekadar untuk main-main dan jumpa kawan. At least tanamkan minat nak pergi surau. Nampaknya bulan Ramadhan ini aku boleh pergi full untuk solat terawih(harap-harap laa). Kali ini, aku kena bawa 2-2 hero aku laa.. Adam dan Aisy.

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.