Mandi manda di Kolam Air Panas Felda Residence Sungkai, Perak

Jenis kolam di Air Panas Sungkai

Air panas felda

Assalamualaikum dan salam hormat,

Sebenarnya dah lama aku tak mandi di kolam air panas. Sejak aku pindah ke KL dari tahun 2009 lagi. Nampaknya dari Adam lahir sampai sekarang, aku memang tak pernah pergi mandi air panas lagi. Dulu kalau masa bujang memang kerap, lepas balik main futsal je, terus aku akan pergi mandi di Kolam Air Panas di Baling. Kolam Air Panas di Baling memang buka tengah malam.

harga masuk

Tapi kali ini, abang ipar aku ajak pergi kolam air panas waktu siang. Ini kali pertama aku pergi Kolam Air Panas Felda Residence, Sungkai Perak. Dan pertama kali aku mandi air kolam panas di waktu siang. Dok biasa waktu malam je. he he.

Kolam air panas sungkai

Kolam air panas sungkai

Pertama kali aku sampai memang aku rasa macam dah sempoi. Tempat nampak bersih dan tersusun. Kereta kena parking di luar, masuk dalam guna transit iaitu Kubota yang sudah di upgrade macam keretapi dalam zoo. he he.

Jenis kolam di Air Panas Sungkai

Jenis kolam di Air Panas Sungkai

Kawasan untuk mandi manda pun banyak, dari kolam air panas hingga kolam air tak panas. Yang bestnya, kolam air tak panas siap ada gelongsor lagi. Itu yang menyebabkan anak-anak lagi seronok. Dengan harga masuk waktu aku pergi tue maksimun rm12. Memang rasa berbaloi je pergi. he he.

rebus telur

Siap ada satu kawasan tue, air panas yang boleh rebus telur. tapi sayangnya telur dan makanan dalam jual mahal sikit berbanding dengan harga di luar.

Bagi aku memang sesuai bawa family datang sini, bagus dari segi kesihatan mandi air panas, betul ke? Tapi insyaAllah aku akan sampai sini lagi. Ini saja kolam air panas yang dekat dengan KL kot.Tempat lain aku tak tau, dan tak pernah sampai lagi. he he.

6 thoughts on “Mandi manda di Kolam Air Panas Felda Residence Sungkai, Perak

  1. Luas kawasan air panas ni, kolam air tak pana tu dah macam ta,man air, nampak best ni.
    Denaihati recently posted…Saham Akhirat Wakaf Madrasah Tahfiz An-NuurMy Profile

  2. Wow!! Siap boleh masak telur lagi. Telur masak penuh ke separuh ni? hahaha
    Ammar recently posted…WAKTU SOLAT MALAYSIA MENGIKUT ZONMy Profile

  3. Lama dah tak mandi air panas ni. Best jugak mandi air panas. Kata orang boleh menghilangkan penyakit kan?
    Supermokh recently posted…Senarai Juara Piala Dunia Mengikut EdisiMy Profile

  4. teringin kau nak ke sana,,, kata orang kat sana best jugakkk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge