Cerita tukang kasut jalanan!

20140506-061515.jpg

Assalamualaikum dan salam hormat,

Selalunya kasut yang rosak atau sandal yang rosak aku amalkan dengan membaiki dahulu. Kecuali harga membaiki lebih mahal dari beli yang baru. Antara tempat yang selalu aku jahit kasut adalah disekitar kaki lima Jalan Tunku Abd Rahman. Syurga bagi perempuan membeli tudung.

Hari tue, ada sekali aku singgah jahit kasut dengan seorang pakcik. Sambil jahit kasut aku, sempat la aku sembang sikit dengan pakcik tue. Yang bestnya, pakcik tue bukan warga negara Malaysia. Samaada dengan izin atau tidak aku tak pasti. Tapi rasanya dengan izin kot.

Apa yang aku belajar dari dia. Banyak lagi cara untuk tambah rezeki. Kalau kita rajin insyaAllah. Yang penting fokus dan ada target. Pakcik tue kata, dia nak buat rumah besar di kampung bila dia balik nanti, sebab tue dia sanggup hidup susah dulu di Malaysia. Bukan senang nak berjauhan dengan anak bini. Tapi itu salah satu pengorbanan yang dia lakukan.

Apa target aku?

5 thoughts on “Cerita tukang kasut jalanan!

  1. hidup yang bermatlamat. tak tanya ke berapa pakcik tu boleh dapat sehari :D
    Sya Isya recently posted…BAJU KURUNG PAHANG KOLEKSI RAYA 2014 MURAH DAN CANTIKMy Profile

  2. tabik kat pakcik ni, menariknya orang luar usaha bersungguh-sunguh datang Malaysia cari RM.
    Denaihati recently posted…Konya kota bermula tarian sufi TurkiMy Profile

  3. ada barang dia..senang je nak baiki kasut nih..

  4. Sesungguhnya income tukang kasut ni pun bagus sebenarnya…..sebab kemahiran nie dah ramai yang berminat skang nie

  5. kadang2 harga repair kasut lebih mahal dari harga kasut sbnr…hehehe
    Alin Marlini recently posted…Pusat Penetasan Penyu di Glory Beach ResortMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge