Bawa anak tengok Filem Animasi Super Squad!

supersquad poster

Assalamualaikum dan salam hormat,

1st of all aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada  jejaka tampan iaitu Bro Framestone kerana menjemput kami semua blogger untuk movie day out cerita Super Squad di  E Curve Damansara.

Aku minta maaf sangat-sangat kerana lambat sampai. Ini semua gara-gara kereta aku dilanggar perempit jalanan ketika on the way ke E Curve. Nasib baik tak ada kecederaan yang berlaku, cuma kereta aku saja, Fog lamp jatuh. Perempit jalanan meneruskan perjalanan(lari) tanpa rasa bersalah. hampeh betul.

Sudah laa, lupakan kisah aku dan perempit jalanan tue. Sekarang aku nak cerita tentang filem Supersquad yang aku tonton nie.

Walaupun lambat tetap ceria tak sabar!

Walaupun lambat tetap ceria tak sabar!

Oleh kerana aku masuk lambat, aku cuma faham setengah cerita saja. Kisah mengenai Supersquad yang ke masa silam untuk menyelamatkan bumi. Cerita yang agak cliche kan? Tapi aku rasa ok untuk anak-anak. Kalau untuk dewasa memang banyak laa yang tak puas hati.

Walaupun dari segi grafik tak segagah animasi yang lain. Jalan cerita yang mudah difahami memang sesuai untuk anak-anak. Adam sampai ajak aku tengok lagi sekali. Nampaknya 5 Jun nanti kena beli tiket laa nak tengok cerita nie nanti. Ini semua gara-gara aku masuk lambat laa nie.

Main Wau (Small)

Tapi kalau dah anak-anak suka, itu dah terbaik. Budak kecik bukan peduli sangat grafik-grafik ini. At least diorang boleh belajar something dengan cerita macam nie, sudah laaa. Masa part supersquad masuk kampung, banyak yang Adam tanya. Ye laa, budak KL, mana tau beza layang dengan Wau. he he. Itu pun satu benda yang dia explore melalui filem ini.

Bab nak jadi Super hero tue, tak payah kira laaa, semua budak-budak macam tue. At least, sambil tengok, kita boleh terang sikit apa yang bagus kalau berkerjasama. Memang itu antara nilai moral yang di tunjuk dalam Supersquad nie.

Aaron Aziz dan Diana Danielle (Small)

Tak lupa juga, Filem Supersquad ini menggunakan suara Abang Long kita, Aaron Aziz (Laksaman Aaron), Dafi (Danny), Diana danielle (Elly) dan ramai lagi.

Apa lagi, jangan lupa bawa anak layan cerita Supersquad 5 Jun nanti. Support laaa Industri Animasi negara.

Adam thumbs up (Small)

Terbaik dari Adam!!!

p/s – Adam sekarang dah start nak tengok kartun Supertots plak!!!

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.