Aku suruh cuci kereta!

Assalamualaikum dan salam hormat,

Aktiviti hari minggu aku bersama dengan 2 orang hero aku. Bila dah tak ada event atau projek yang nak dilakukan di hari minggu, aku ambil kesempatan masa yang ada dengan cuci kereta mana yang patut. Takkan nak biar kotor. Kalau nak hantar cuci di kedai, kebersihan tak ikut piawaian yang aku nak pula. Jadi ambil keputusan cuci sendiri. he he.
Bila aku nak basuh kereta, mula laa budak 2 orang ini pun nak ikut. Tujuan utama nak main air je. Bukan nak tolong sangat pun. Oleh kerana diorang pun tak mandi lagi, bagi je laa tolong mana yang patut. he he.
Mula-mula ok, berebut span nak cuci kereta. Tapi bila dah simbah air, bukan diorang simbah kat kereta, tapi kat diri sendiri. hampeh betul.
Tak sempat habis cuci kereta, depa dah ambil job baru, cuci stroller. Maklumlah, dah nak jual kan, kena laa bagi bersih sikit. Lagi pun dah tak ada baby nak guna dah. Untuk next time punya baby, nanti aku beli lain laa. Cukup laa stroller ini turun dua legasi, Adam dan Aisy. Next baby, nanti abah beli baru ye. he he.
Sekali sekala, habiskan hujung minggu macam nie pun ok juga.
Lazada Malaysia

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge