Perkongsian dari Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus!

Assalamualaikum,

Entri sebelum nie, aku ada share tentang ceramah ustaz Azhar Idrus yang aku nak pergi main janggut dia kan? Tapi apakan daya, tak boleh nak main janggut dia sebab ramai sangat orang. Nak tangkap gambar ngan UAI. Aku pun menempek sama. Takkan dengan artis saja kita berebut nak tangkap gambar. Dengan Ustaz tak mau plak. he he.
Anyway, aku nak kongsi sikit apa yang aku dapat. Tak semua, tapi apa yang boleh terangkan sikit laa. Nak semua kena beli CD UAI la nanti ye. Antara yang menarik perhatian aku.
1 – Tentang Doa Qunut!
Kita Mazhab Syafi’i memang baca doa Qunut waktu sembahyang subuh. Tapi ikut Mazhab Hanbali tak payah. Tak payah gaduh-gaduh kena baca atau tidak. Sedangkan Imam Hambali tue anak didik Imam Syafi’i. Pernah Imam Syafi’i pergi melawat anak murid dia Imam Hambali, waktu sembahyang, Imam Syafi’i jadi imam dia tak baca doa qunut atas hormat Imam Hambali. Tue dia, seorang guru yang hormat tempat anak murid dia. 
2 – Sembahyang Maghrib dalam kereta. Andai kata terperangkap dalam sesak. Boleh tanpa berwudhu tapi bila sampai rumah kena sembahyang balik.
3 – Batal wudhu tak sentuh kemaluan dengan tumit (soalan paling rare)!
Tak batal. Tapi waktu UAI jawab nie, mmg orang gelak sakan. 
Aku rasa banyak lagi, tapi tak tau plak nak tulis macam mana. Tapi yang sebenarnya aku nak kongsikan tentang Imam Syafi’i dan Imam Hambali. Kalau aku, boleh ke cikgu dengar dan hormat anak murid macam Imam Syafi’i buat kat Imam Hambali?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.