Mampukah aku habiskan program urus jenazah!

Salam hormat,

Menguruskan jenazah adalah Fardhu Kifayah bukan bermaksud orang lain buat kita TAK PAYAH. Tapi lebih kepada kalau dalam satu khariah tue, semua tak reti buat, jatuh berdosa untuk semua orang di khariah tersebut. Memadai hanya sebahagian sahaja yang tahu. Untuk nak tahu lebih lanjut tentang Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah boleh baca di SINI.
Kebetulan di Surau tempat kerja aku ada mengadakan program menguruskan jenazah, aku pun ambil peluang untuk belajar sekali. At least sebagai persediaan sendiri. InsyaAllah untuk membantu sekadar yang boleh nanti.
Program ini ada 4 modul, 2 teori, 2 pratikal. Untuk 3 modul pertama bagi aku agak ok. Walaupun aku baru pergi modul pertama. Modul terakhir yang membuatkan aku takut sikit. Ye la, pratikal menguruskan mayat sebenar tue. Mayat dimana yang tidak dituntut di hospital. Itu yang membuatkan aku seram sejuk tue.Entah macam mana laa modul ke-4 nanti, sama ada berani atau tidak je laa aku nie.
Untuk informtion ustaz yang mengendalikan program ini baru berusia 27 tahun. Muda lagi dari aku. Pengalaman menguruskan mayat tak silap lebih dari 5 tahun dan dah lebih 5000 mayat yang diuruskan. Dari mayat yang sempurna hingga mayat yang kurang sempurna.
Apapun, semoga aku dapat habiskan semua program ini, InsyaALLAH. Sekadar menambah ilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.