Blogger berperang di Cyberjaya Paintball!

Action dulu!

Salam hormat,

Ingat nak cerita sikit tentang aktiviti blogger yang aku join hari sabtu baru nie. Tapi since dah ramai kawan blogger yang tulis entry, so aku perbetulkan laa sikit mana yang patut. he he. 

Aku pun nak mengaku ini Team Champion!
1stly, memandangkan ada blogger yang tulis mengatakan yang team diorang CHAMPION, sebenarnya tiada yang champion kerana kami main 4 kali, 2 game pertama team aku menang, 2 game kedua team lain pula menang. Maknanya kami semua seri.
Ada gaya tak?
Ini kali pertama aku main paintball, memang enjoy sangat-sangat. Teringat pula masa budak-budak dulu main perang-perang. Budak-budak sekarang dari main Counter Strike, baik main paintball at least berpeluh la juga. Kesihatan pun terjaga. betul tak?
Field pertama!

Field kedua macam counter strike!
Untuk yang pertama kali nak main paintball kena ingat yang ini :-
– Sebelum masuk medan perang (kononnya), Pastikan korang memakai mask.
– Pastikan gas Marker (senapang) lebih daripada 2.
– Pastikan Marker sentiasa tertutup dengan stokin marker yg disediakan, takut tertembak nanti.
– Kalau boleh pakai baju gelap, Jangan kaler kuning cam aku pakai, senang jadi target.
– Jangan pakai seluar track, sakit ooo, kalau kena tembak. he he.
Dengar dulu sebelum main!
Paintball, semua orang boleh main, tak memerlukan skill macam nak main futsal. Tapi lebih kepada strategi. Betul tak? ini pendapat aku je laa.
Peta untuk ke Cyberjaya Paintball ( pakai waze je senang)
Apa yang best dengan Paintball Cyberjaya?
Memandangkan ini tempat pertama aku bermain, so aku tak boleh nak banding dengan tempat yang lain. Tapi antara yang menarik minat aku untuk bermain kat sini lagi ialah
– Ada 5 jenis kawasan untuk berperang, Yang masuk hutan kami tak sempat try.
– Dah habis main boleh mandi tukar baju. he he
5 jenis padang field yang disediakan!
Harga dan tempahan!
Apapun, untuk keterangan lanjut korang boleh try tengok di FB Paintball Cyberjaya. Jangan lupa klik like tau. he he.
Di bawah nie, aku senaraikan antara blogger yang join main perang-perang nie.
1 – Hafiz Rahim (Kononnya seorang rambo yang pakai spek)
2 – Bro Framestone (Memang berbakat dengan menembak sambil meniarap)
3 – Abang Zahari  (Paling otai, sharp shooter nie, berapa banyak musuh dia tembak)
4 – Ayu (satu-satunya bunga dikalangan kumbang2, tapi terer juga main paintball)
5 – Anarm (Paling susah nak tembak)
6 – Azmi (Memang player kamikaze dia nie)
7 – Bro Ben (Alasan keluar awal sebab tak dapat tumpu perhatian)
8 – Faizal (Nasib baik satu team ngan aku, kalau tidak target kaki dia je)
9 – Ammar (satu-satunya player yang sebelum dah selepas still macho)
10 – Ladfe Amir (Tunjuk bakat terpendam pada anak-anak)
p/s – gian punya pasal, balik main tembak-tembak dengan Adam pula…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.