Budak nie dah setahun rupanya!

Muhammad Aisy Danish

Salam Hormat,
Tak sangka plak aku, cepat betul masa berlalu. Rupanya anak aku yang kedua dah pun berumur 1 tahun. Rasa macam baru je dia dilahirkan. So far perkembangan Adik Aisy dengan Abang Adam memang berbeza. Masa Si Adam dulu, dalam masa 9 bulan dah mula berjalan. tapi Si Adik kali nie, manja terlebih. Merangkak je laju.

Adam dan Aisy


Apapun, kita tak boleh bandingkan sangat anak ini. Setiap seorang ada kelebihan tersendiri. Perkembangan setiap bayi pun berbeza. Tapi paling bersyukur dikurniakan anak yang sihat. Alhamdulillah. Untuk birthday pertama Aisy kali ini, so far tak ada hadiah yang special. Kesian anak soleh abah yang ini. Tapi tak apa, akan dapat hadiah juga nanti. Cuma sekarang tak sempat nak beli.

Anak terpaksa sokong Arsenal

Abang merajuk, Adik blur
Bila anak dua, kasih sayang dibahagikan. Bukan macam anak sorang. Boleh bagi sepenuh perhatian. Kalau berdua kena laa. Maklumlah, budak-budak nie sensitif juga. So sebagai ibubapa, pandai-pandai laa cover. Waktu ini, memang banyak kena belajar pasal psikologi anak-anak. Ceh! macam terer plak aku nie. Aku pun sebenarnya still belajar lagi.
Mana satu kereta Aisy nie?
 
Macam-macam perangai!
Apapun semoga anak aku jadi anak yang soleh, dan boleh doa kat aku nanti. Bila dah ada anak baru kita tahu macam mana kedua ayah ngan ibu besarkan kita dulu. Hargailah ibu dan ayah selagi mereka masih ada. Pesanan untuk diri sendiri juga.

Anak Soleh! InsyaALLAH
Happy Birthday Muhammad Aisy Danish! Semoga jadi anak yang soleh dan bijak. he he.

2 comments :

  1. happy besday... ape? aisy nak adik.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat betul Aisy nak adik? Tunggu Ilham dpt adik dulu kot.. Ha ha..

      Delete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails