Dah tak hensem anak abah!


Alkisahnya, Si adam ini memang seorang yang aktif. Cakap memang tanpa henti, banyak saja soalan dia sampai tak terjawab. Kalau kat umah nie, memang dia laa champion yang sepahkan rumah ini. Tapi kalau mood baik, memang akan sempan sendiri. Kalau sebaliknya, faham-faham je laa..

2 hari lepas, semasa kejadian ini berlaku, aku tak ada kat rumah. Bini aku yang jaga dua hero aku nie. Dari story bini aku, si Adam kata dia nak mandi. Panas katanya. So bini aku biarkanlah dia mandi sorang dalam toilet. Sementara bini aku melayan hero kecik yang semakin mengada-ngada, dia rasa pelik sebab apa si Adam nie senyap je dalam bilik air. Kalau tidak mesti ada macam-macam bunyi.


Bini aku pun, p la skodeng kat bilik air. Terkejutnya dia, bila tengok Adam guna shaver p cukur rambut. Patut laa senyap sunyi dalam bilik air. Bila ditanya kenapa Adam cukur rambut, dia jawap “Adam tak ada misai macam abah, Adam cukur laa rambut Adam, Abah kata kalau cukur baru hensem” tak pasal-pasal aku juga naik nama.

Memang dengan budak kecil kena selalu perhati, tambah pula umur yang macam Adam, memang ikut je apa yang kita buat. Nasib baik, jawapan yang macam tue, kira ok laa juga. Sebagai pengajaran, lain kali kena ajar dengan betul. He he.

Comments

  1. says

    nasib baik la tk habis botak semua kawasan rambtu ..

    dulu anak saya cukur kening , smpai hilang sebelah kening nya ..lagi hairan bin ajaib org tengok , mesti ada soalan .. anak2 memang begini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.