Umur vs pangkat dalam syarikat?




Siapa yang sepatutnya kita lebih hormat? Usia atau pangkat seseorang itu? Bagi aku walau setinggi manapun pangkat seseorang, kalau dia tidak hormat seseorang yang lebih tua daripada dia. Dia memang tidak layak dihormati.

Walaupun yang muda berpangkat pegawai, yang tua hanya kerani. Kita semestinya menghormat yang tua dari segi usia. Memang lah diusia emas ini, kerja yang dilakukan sedikit lembap. Maybe faktor usia dan kelengkapan yang disediakan dulu. Maklumlah, orang otai mana nak tau guna komputer sangat. Mesti la tekan keyboard pun macam tekan mesin taip lagi.

Apapun, yang aku belajar daripada Abang Hashim yang bersara ini. Maybe dia tak dapat naik pangkat macam orang lain yang kaki bodek. Tapi Allah kurniakan dia rezeki melalui jalan yang lain. MasyaAllah. Supaya Abang Hashim berjaya menempuh waktu bersara ini dengan gembira.

P/S - Sepanjang 10 tahun terakhir berkerja tak pernah claim overtime.

8 comments :

  1. wow.. kagum.. ! yg penting..rezeki berkat...sikit mana pun pasti cukup :)

    ReplyDelete
  2. pangkat bukan ukuran semuanya...
    hormatilah orang yang lebih tua..
    ehehehee

    ReplyDelete
  3. Betul betul.. bukan je agama, adat melayu kita pun dah cukup cantik suruh hormat yang lagi tua... kalau yang dahulukan pangkat tu, memang dah berjiwa kebaratan.. hoho

    ReplyDelete
  4. aku tak boleh blah orang yang naik pangkat dan senang naik pangkat dengan cara bodek. puii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa tue, bro...
      Kat tempat kerja pun ada politik gak...

      Delete
  5. Semasa dalam tugasan - pangkat membezakan kita. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi still kena hormat yg tua...tambah plak, orang yang otai tue antara yang terawal di syarikat tersebut..

      Delete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails