1/10/2013

Ubat Bayi Sakit Mata Selain Dari Susu Ibu!

Assalamualaikum,


Ini adalah pengalaman untuk keluarga aku sendiri. Ini terjadi kepada anak aku yang kedua iaitu Aisy. Matanya bukan la merah sangat, cuma tahi mata banyak. Kalau tidur tue, memang susah untuk buka mata bila dah bangun. Biasala, budak yang tak tahu apa-apa lagi. Tahu merengek je bila jadi macam tue.

Setelah menggunakan kemudahan yang ada, aku telah google di internet, kebanyakkan memberi tips dengan menitis susu ibu di mata bayi. So memang isteri aku buat laa, sebagai seorang seorang jururawat dia memang arif tentang susu ibu ini. Maklumlah, susu ibu memang kaya dengan antibiotik untuk bayi. Tapi kami tidak bergantung sepenuhnya pada susu. Maklumlah maybe disebabkan ambil masa yang lama untuk baik kot.

Cara yang aku gunakan untuk bagi mata Aisy baik adalah dengan menitiskan sedikit Air Zam Zam di matanya. Dengan izin Allah, sakit mata Aisy berkurangan. Memang itu antara salah satu keajaiban yang ada pada air zam zam kot. So! aku cadangkan sekiranya ini terjadi pada anak atau keluarga anda, cuba anda mencari air Zam Zam. Mana nak tau, dengan izin Allah. Kita hanya berusaha, Allah juga yang tentukan.

4 comments:

  1. Ok, boleh cuba kalau ada sesapa terkena sakit ni..


    Teringat masa dok asrama dulu, ramai kaum aspuri berebut2 nak dpt sakit ni..hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aspuri sebab nak ponteng.. Ha ha...

      Delete
  2. boleh dicuba ni.. terima kasih bro sebab berkongsi

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.