Tahniah Kelantan! Treble tahun ini!


Nampaknya Kelantan telah mengulangi pencapaian team Kedah sebelum ini. Iaitu dengan kemenangan Treble. Juara Liga Super, Juara Piala FA dan last sekali Piala Malaysia. Tahniah untuk Team Kelantan FC. Untuk Team ATM pula, mereka patut berbangga, At least dapat bermain sehingga minit yang ke 120.

Sebenarnya, dah lama aku tak tengok Liga bolasepak tempatan sejak problem melanda Team Kedah. he he.  Tapi untuk final Piala Malaysia kali ini, memang antara game yang paling sempoi pernah aku lihat. Dengan kedua-dua team yang tak mudah mengaku kalah.

Tambahan pula Astro buat tayangan HD dengan grafik yang cantik macam tengok liga EPL pula rasa. Memang terbaik la Astro, Kalau kat RTM confirm aku tak tengok juga. Itu antara penyebab aku layan final Piala Malaysia sampai habis. he he.

Apapun game malam ini memang terbaik. Dah nak layan team feveret aku luar negara plak. Arsenal lawan Norwich plak. 

2 comments :

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails